Marco Polo tak import pasta dari China


  • Relaks
  • Jumaat, 14 Jan 2022

MARCO Polo menggambarkan mi cina ada persamaan dengan lagana. — Gambar Hiasan

MARCO Polo, penjelajah dan pedagang Venice pada Zaman Pertengahan dikatakan membawa pulang teknik pembuatan mi ke Venice, Itali setelah pulang dari pengembaraannya di Asia Timur yang terkenal.

Walau bagaimanapun, Marco Polo sebenarnya tidak membawa masuk konsep pembuatan pasta dari China ke Venice.

Penyebutan pertama mengenai pasta dalam sejarah bertulis adalah semasa era Rom pada abad pertama Masihi.

Penyair Rom, Horace, menulis tentang makanan ruji di Rom dipanggil lagana atau laganum yang pada asasnya adalah kepingan doh nipis.

Pada abad ke-2, Athenaeus of Naucratis, menyediakan resipi lagana yang diperbuat daripada tepung gandum serta rempah ratus dan digoreng dalam minyak.

Menjelang abad ke-5, hidangan itu berkembang menjadi hidangan lapisan doh dengan daging sebelum ia dikenali sebagai lasagna.

Di Afrika Utara, couscous iaitu makanan yang serupa dengan pasta dimakan selama berabad-abad.

Perbezaan couscous dengan pasta adalah ia tidak mudah dibentuk dan lebih mirip dengan titisan doh.

Ahli sejarah makanan berpendapat bahawa, pasta mungkin wujud di Itali akibat perdagangan Mediterranean yang meluas pada Zaman Pertengahan.

Pada abad ke-13, rujukan kepada hidangan pasta seperti makaroni, ravioli, gnocchi dan bihun meningkat dengan kerap di seluruh semenanjung Itali.

Kisah Marco Polo mengimport pasta ke Itali sebenarnya adalah hasil daripada kempen pengiklanan untuk syarikat spageti Kanada pada 1920-an dan 1930-an.

Dalam buku Rustichello da Pisa Travels, travelog abad ke-13 Marco Polo, beliau menggambarkan mi cina ada persamaan dengan lagana. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram