Angkat kesateria berperisai guna kren cuma mitos


  • Relaks
  • Jumaat, 07 Jan 2022

BILIK senjata Palácio Real di Madrid, Sepanyol. — The Star

KEBIASAANNYA, apabila orang ramai mendengar perkataan kesateria, perkara yang terlintas di fikiran mereka ialah kesateria memakai sut perisai plat keluli penuh atau baju besi.

Ada yang mengatakan bahawa kesatria naik ke atas kuda setelah diangkat menggunakan kren kerana perisai baju besi yang dipakai mereka sangat berat.

Perisai baju besi diperbuat daripada plat keluli dan ia melindungi seluruh badan kesateria pada Zaman Pertengahan iaitu sekitar abad ke-15 hingga abad ke-16.

Berat keseluruhan sut perisai plat keluli dianggarkan sekitar 20 kilogram (kg) hingga 25kg.

Ia mungkin kedengaran seperti beban yang amat berat untuk ditanggung, tetapi sebenarnya tidak.

Sebagai contoh lain, sut gear bunker iaitu pakaian pelindung anggota bomba adalah seberat 35kg.

Namun, bomba tidak memerlukan bantuan kren untuk masuk ke dalam jentera mereka.

Seseorang tanpa latihan kecergasan boleh memakai pakaian perisai plat keluli penuh dan mampu melakukan aktiviti-aktiviti seperti biasa, walaupun dengan agak perlahan dan pergerakannya terbatas.

Jika sudah berlatih sejak kecil menjadi kesateria lengkap berperisai, tiada masalah bagi mereka untuk berlari, berlawan, melompat, dan menaiki kuda tanpa bantuan.

Seorang lelaki yang memakai perisai plat penuh digelar sebagai man-at-arms (pahlawan bersenjata dan berkuda). — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram