WALAUPAUN filem thriller, Scream belum lagi ditayangkan di Malaysia, ramai penonton sudah berpuas hati dengan sekuel baharu filem itu yang sudah ditayangkan di beberapa negara.
Ada di antara mereka yang terkejut degan kemunculan pelakon dari siri sebelum ini, Neve Campbell, David Arquette dan Courteney Cox yang kembali menjadi buruan Ghostface.
Ramai yang berkongsi di media sosial, memuji filem tersebut yang mana berjaya memberi mereka keterujaan dan kejutan dalam siri pembunuhan dalam sekuel kelima Scream.
"Introspeksi yang tajam dan tentang genre dan warisan pengarah, Wes Craven. Semua perasaan dan satu genre yang hebat untuk permulaan tahun 2022," kata pengkritik filem, Bloody Disgusting, Meagan Navarro di laman Twitter.
Pemilik akaun lain, Erik Davis dari Fandango pula berkongsi, "Filem baharu Scream sudah paasti menjadi kegemaran saya sejak awal diterbitkan. Kali ini, ia mempunyai keseimbangan yang bagus antara ketakutan yang direka dengan baik. Ia juga menimbulkan banyak keterujaan semasa menonton filem ini," ujarnya.
Media tempatan turut menyatakan bahawa Scream baharu merupakan sebuah filem yang tidak mengecewakan.
Katanya, skrip filem ini ditulis dengan baik yang membuatkan anda terus meneka apa yang akan berlaku dan peminat Scream akan menyukainya.
Filem baharu Scream bakal menemui peminat di pawagam tempatan bermula 20 Januari 2022.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram