ENCANTO membawakan latar belakang komuniti penduduk yang tersembunyi di pergunungan Columbia. — Agensi
PADA hari pertama ditayangkan, Bora berkesempatan menonton filem animasi terbaru Disney, Encanto.
Kiranya sudah lama Bora tidak memilih filem dengan genre sebegini tetapi apa salahnya jika sekali sekala bertukar selera.
Baiklah, awalnya tanpa ekspetasi, kisah Encanto bermula dengan sebuah keluarga yang diberikan kelebihan menjaga dan memiliki kuasa magis.
Menggunakan etnik Columbia sebagai identiti watak, filem ini membawakan kisah keluarga Madrigal yang menjaga dan mewarisi magis di sebuah penempatan tersembunyi tersembunyi di sebuah pergunungan yang dikenali sebagai Encanto.
Keajaiban Encanto telah memberkati setiap kanak-kanak dalam keluarga itu dengan hadiah yang unik.
Namun, salah seorang ahli keluarga iaitu Mirabel tidak dikurniakan dengan sebarang kelebihan magis.
Oleh kerana itu, dia dia sering tidak dipandang serius walaupun dia mengetahui bahawa keluarganya dalam keadaan bahaya.
Tanpa disangka juga, Maribel sebenarnya merupakan harapan terakhir keluarga Madrigal apabila dia mendapati bahawa dia menggalas tugas besar untuk menyelamatkan keluarga.
Filem ini merupakan animasi yang boleh dikatakan sarat elemen kekeluargaan dan ia tidaklah begitu membosankan.
Ada elemen muzikal dengan nyanyian dan juga plot-plot yang tidak disangka-sangka.
Bagi Bora, memang tidak bosan menonton filem ini, malah akhirnya ia memberi mesej yang jelas bahawa dalam sebuah keluarga kita perlu menerima setiap kelebihan dan kekurangan setiap ahlinya.
Bora juga ada mengalirkan airmata saat klimaks cerita ini yang mana Maribel berterus terang tentang apa yang dia rasa.
Meskipun animasi, penghayatan watak juga sampai pada Bora sebagai penonton.
Selain elemen kekeluargaan, turut diselitkan juga unsur komedi yang membuatkan filem ini tidaklah membosankan.
Secara keseluruhan, filem animasi Encanto disarankan untuk ditonton seisi keluarga dan ia adalah filem boleh menjadi teladan kepada anak-anak di luar sana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram