Sambal nasi lemak pedas 'menyengik', Diva AA 'suruh' peniaga ke 'neraka jahanam'


  • Hiburan
  • Khamis, 18 Nov 2021

DIVA AA terkenal dengan kelantangannya menyuarakan pendapat. — Twitter

SIAPA tidak kenal dengan laharan pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA yang cukup pedas setiap kali dia melontarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

Terbaharu, Diva AA berkongsi rasa geramnya terhadap peniaga nasi lemak bungkus gara-gara ada di antara juadah itu yang didapati sambalnya pedas berdesing hingga sukar untuk ditelan.

Perkara itu dikongsi sendiri Diva AA menerusi sebuah video pendek berdurasi 1 minit 7 saat di akaun Twitter miliknya, @DivaAATersohor.

"Tadi pergi kedai minyak beli nasi lemak ni nampak sedap. Tapi diva AA nak sound penjual nasi lemak (bungkus) kecil-kecil macam ni, neraka jahanam tempat kau.

"Sebab sambal yang kau buat ni, berapa juta cili boh kau sumbat? Berapa juta? Berapa lori cili? Nak makan pun menyengik (berdesing). Viralkan video ni kepada semua penjual nasi lemak bungkus," katanya.

diva aa nasi lemak

TANGKAP layar video kritikan Diva AA terhadap rasa pedas sambal nasi lemak yang dibelinya pada Khamis. — Twitter

Diva AA berkata, dia tidak dapat menghabiskan nasi lemak itu kerana rasa pedas sambalnya disifatkan keterlaluan.

Dia turut melahirkan rasa kecewa kerana duit yang dibelanjakan untuk membeli nasi lemak itu tidak berbaloi dengan hasil yang diterima.

"Kau jual tapi kau tak ikhlas, kau masak tapi hati kau busuk, hati kau hitam. Itu sebab sambal ni rasa sampah, nak habis kan pun tak lalu. Sebab menyengik dia punya sambal.

"Ni lebih daripada 10 kali dalam seminggu, Diva AA terkena, I really pissed off you know because it is my money. So muhasabah yang jual nasi lemak, neraka jahaman tempat kau, pui kan aje," cemuhnya lagi.

Video tersebut mendapat 1,800 juta tontonan setakat malam Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram