Anak sendiri sumber inspirasi Phang buka rumah kebajikan bantu golongan OKU secara percuma


MAJLIS sambutan hari lahir untuk salah seorang penduduk di pusat berkenaan.— Pusat Kebajikan Chen Ai OKU

ORANG mungkin tertanya-tanya mengapa Celemie Phang, 37, menubuhkan rumah untuk orang kelainan upaya (OKU) semasa pandemik Covid-19 apabila terdapat pelbagai halangan yang akan menjadi lebih mencabar.

Namun ibu kepada dua anak itu berkata, Pusat Kebajikan Chen Ai OKU (Chen Ai) ditubuhkan kerana permintaan yang tinggi.

Pandemik Covid-19 telah menjejaskan pendapatan orang ramai termasuk mereka yang mempunyai ahli keluarga kurang upaya atau kanak-kanak berkeperluan khas dan tidak mampu untuk membayar penjagaan harian orang tersayang kerana banyak pusat jagaan keperluan khas juga ditutup semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

Phang sendiri mempunyai seorang anak OKU berusia lapan tahun dan memahami perasaan keluarga lain yang melalui situasi sama sepertinya.

Dia tidak mampu untuk membayar yuran penjagaan anak perempuannya yang mengalami masalah pertuturan dan kurang upaya pembelajaran akibat kekurangan sumber pendapatan sebabkan PKP.

“Saya menyedari terdapat ramai orang dalam situasi yang sama dengan saya.

"Keluarga yang mempunyai anak-anak OKU ini memerlukan tempat di mana anak mereka selamat dan dijaga dengan baik," katanya.

VH

TERDAPAT berapa penghuni yang memerlukan bantuan untuk bergerak, makan dan minum.

Phang bersama enam rakannya memulakan operasi Chen Ai yang terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, pada Jun tahun lalu.

"Kami menyediakan rumah yang bersih, kondusif, makanan seimbang, aktiviti untuk para penghuni dan kami tidak mengenakan bayaran kepada mereka atau keluarga mereka satu sen pun," kata Phang yang pada kebiasaannya berada di pusat itu setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pihak Chen Ai akan menyemak dengan teliti setiap individu untuk kelayakan sebelum menerima mereka.

"Ini bagi memastikan kami mempunyai ruang untuk mereka yang benar-benar memerlukannya."

Chen Ai menerima individu yang kurang upaya mental atau fizikal dan kebanyakan daripada penghuni rumah tersebut mempunyai masalah pembelajaran.

Menurut Phang, kebanyakan orang mengetahui tentang mereka melalui buah mulut, media sosial atau rujukan daripada pertubuhan agama.

Setakat ini, pusat itu menempatkan 23 penduduk yang terdiri daripada sembilan lelaki dan 14 perempuan berumur antara lima dan 77 tahun.

“Ada seorang ibu dan anak perempuan yang kedua-duanya mengalami masalah pembelajaran yang sederhana. Sejak bapa meninggal dunia, tiada sesiapa yang menjaga mereka dan kemudian dibawa ke Chen Ai. Mereka tidak dapat dipisahkan kerana setiap saat dihabiskan bersama,” ujar Phang.

“Kami juga mempunyai seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menghidap Sindrom Down dan ibu tunggalnya terpaksa bekerja sehingga tengah malam untuk menyara mereka. Si ibu menghantarnya ke pusat kami kerana tidak mampu untuk mengupah pembantu,” katanya lagi.

VFDGF

RUMAH kebajikan init juga menyediakan guru pendidikan khas untuk penghuni mereka. — Pusat Kebajikan Chen Ai OKU

Seorang lagi penghuni ialah seorang lelaki berusia 21 tahun yang mengalami kecederaan pada kepala akibat terjatuh waktu terjatuh ketika masih bayi.

"Disebabkan oleh pembedahan otak yang gagal, dia tidak lagi boleh berjalan, bercakap, makan atau minum sendiri dan perlu diberi makan serta dimandikan," kata Phang.

“Terdapat juga dua warga emas lelaki berusia 50-an yang terlantar di katil kerana diserang angin ahmar.”

Phang menambah bahawa aktiviti berkumpulan dirancang untuk penduduk yang boleh bergerak.

"Kami mengadakan sesi senaman berkumpulan seperti berjalan di sekitar pusat, berbasikal dengan basikal pegun dan juga menari Zumba," katanya.

“Bagi penghuni yang tidak aktif akibat strok atau kecacatan fizikal, kami mengaturkan pakar urut untuk hadir setiap Sabtu bagi membantu melancarkan peredaran darah dan fleksibiliti mereka.

"Kami juga mempunyai seorang guru pendidikan khas yang datang untuk mengajar beberapa penghuni bagaimana hendekmenjalani kehidupan dan kekal aktif," kata Phang.

Pusat ini juga mengambil penghuni yang memerlukan rawatan perubatan untuk pemeriksaan kesihatan mereka.

"Sesetengah penduduk memerlukan ubat untuk hiperaktif, kencing manis, darah tinggi atau penyakit lain, jadi kami akan mendapatkan ubat-ubatan mereka di klinik kerajaan. Ianya percuma tetapi kami akan menanggung kos pengangkutan," katanya.

Sewa bulanan untuk premis pusat itu ialah RM5,000 manakala bil utiliti mencecah sekitar RM2,500.

“Sebab utamanya ialah kerana perkakas rumah seperti penggunaan esin basuh lima kali sehari untuk mencuci semua pakaian dan linen katil penghuni.

"Ada yang membuang air kecil di atas katil mereka dan kami pelu memastikan persekitaran bersih dan tiada bau busuk. Kami juga mempunyai dua peti sejuk beku dan peti sejuk untuk menyimpan semua makanan untuk penduduk," katanya, sambil menambah bahawa terdapat tiga kakitangan yang tinggal di pusat itu untuk membantu memasak dan membersihkan.

Latar belakang jadi pendorong

Walaupun ini kali pertama Phang menubuhkan badan amal, dia tidak asing dengan perbuatan amal.

"Sebelum kami menubuhkan pusat ini, saya dan rakan-rakan sering melawat dan menghantar barangan runcit serta bekalan kepada organisasi amal lain," kata Phang, yang bekerja sambilan untuk sebuah syarikat penghantaran barang.

“Itulah sebabnya apabila PKP berlaku dan keluarga terjejas, saya berbincang dengan rakan-rakan dan berkata, ‘Mengapa kita tidak menubuhkan pusat untuk menjaga orang kurang upaya supaya ahli keluarga mereka dapat ketenangan fikiran?’

"Mereka boleh pergi bekerja dan mencari rezeki serta tidak perlu risau tentang ahli keluarga yang akan berada dibawah jagaan kami," katanya.

Dancing together during the group exercise session for the residents who are more mobile. — Pusat Kebajikan Chen Ai OKU

SESI senaman berkumpulan bagi penghuni yang boleh bergerak. — Pusat Kebajikan Chen Ai OKU

Apabila pelawat tidak dibenarkan melawat semasa fasa tertentu PKP, mereka membantu ahli keluarga berhubung dengan penghuni Chen Ai menerusi panggilan video, gambar dan video yang dihantar melalui WhatsApp.

Walaupun lega kerana sekatan pergerakan kini telah ditarik balik, beliau berkata mereka masih perlu berwaspada terutamanya apabila menerima pelawat kerana penduduk berada dalam kumpulan yang terdedah.

"Pelawat perlu diberi vaksin sepenuhnya, dan sudah tentu, topeng, pembasmian tangan dan penjarakan sosial adalah satu kemestian," katanya.

Phang, yang pernah bekerja dalam bidang perakaunan, mengatakan bahawa latar belakangnya telah mempengaruhi cara dia mengendalikan Chen Ai.

“Saya agak khusus tentang cara saya menguruskan pusat ini. Kami bukan sahaja mahu memastikan kebajikan penghuni tejaga, malah kami juga ingin memastikan tidak ada lebihan makanan supaya tidak berlaku pembaziran akibat kerosakan atau barangan lain yang mudah rosak.

"Sekiranya orang ingin menderma, kami berharap mereka akan menghubungi terlebih dahulu untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh pusat ini. Kerana kami bertanggungjawab terhadap sumbangan yang diterima, sama ada dalam bentuk wang atau peruntukan dan kami mahu menguruskannya dengan baik," katanya.

Jika mereka menerima hasil segar tambahan atau barang mudah rosak, Phang akan berkongsinya dengan orang lain yang lebih memerlukan.

"Kami telah menghantar sayur-sayuran ke rumah lain untuk golongan kurang berkemampuan dan peralatan mandian ke rumah pangsa kos rendah di Kelana Jaya," katanya.

Phang berkata terdapat ramai lagi orang yang memerlukan.

“Ramai orang telah meminta bantuan kami untuk menjaga orang tersayang, tetapi saya terpaksa menolak mereka kerana kami tidak mempunyai ruang lagi. Saya perlu memastikan bahawa penghuni sedia ada kami tinggal dengan selesa dan bilik tidak terlalu sesak," katanya. —The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram