Jenis tuntutan anda boleh buat jika cedera, sakit akibat kerja


  • Sihat
  • Sabtu, 30 Okt 2021

KEKEJANGAN lengan dan tangan sering berlaku di tempat kerja kerana perbuatan yang berulang-ulang seperti menggunakan tetikus.

SALAH satu pekerjaan yang ideal adalah apabila anda diberi bayaran atas apa yang anda suka lakukan.

Sebaik mana pekerjaan kita pastinya mempunyai kelemahan dan mungkin memberi kesan kepada kesihatan anda.

Kecederaan atau penyakit pekerjaan ialah masalah yang berpunca dari pendedahan atau tekanan di tempat kerja seperti mengangkat barang berat, terdedah dengan habuk, bahan kimia, bunyi bising, gegaran dan asap.

Di Jerman, pakar perubatan mereka sudah mengistiharkan bahawa Covid-19 merupakan salah satu penyakit pekerjaan.

Menurut eksekutif agensi Keselamatan dan Kesihatan UK, berikut adalah penyakit yang sering berlaku di tempat kerja:

  • Carpal Tunnel Syndrom (CTS) (sering berlaku kerana peralatan yang bergetar),
  • Kekejangan tangan dan lengan (daripada perbuatan yang berulang-ulang),
  • Dermatitis pekerjaan (bila tertedah kepada perengsa (irritant) dan,
  • Asma pekerjaan (terdedah kepada debu, habuk atau alahan).
Ahli politik British juga menggesa supaya Covid dikategorikan sebagai penyakit pekerjaan bagi membenarkan frontliner yang menderita akibat simptom jangka masa panjang untuk menerima bantuan kerajaan.

“Panyakit pekerjaan yang sering berlaku ialah penyakit kulit dan masalah pendengaran,” kata Elke Biesel, jurucakap dari German Social Accident Insurance (DGUV).

DGUV adalah persatuan yang menguruskan pampasan insurans sektor kerajaan dan swasta di Jerman.

Komplikasi ini berbeza untuk setiap pekerja seperti tukang cuci, pedandan rambut, dan jururawat lebih berisiko untuk menghidap penyakit ekzema manakala pekerjaan industri besi dan logam atau melibatkan alat pneumatik lebih berisiko kepada masalah pendengaran kerana bunyi yang terlalu bising.

Anda boleh memfailkan tuntutan pampasan pekerja jika anda mempunyai simptom penyakit atau kecederaan di tempat kerja, namun, bergantung kepada undang-undang pampasan pekerja kerana ia berbeza di setiap negara.

Tuntutan seharusnya dilakukan secepat mungkin kerana pengesahan perubatan melibatkan tempat kerja mungkin memakan masa yang lama untuk diproses.

Selepas dilaporkan, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh syarikat insurans dengan memeriksa sejarah perubatan pemohon dan sejarah pekerjaan, mereka juga berkemungkinan akan memeriksa tempat anda berkerja dan soal jawab berkenaan tekanan di tempat kerja.

Dapatkan bantuan rakan sekerja sebagai bukti sokongan tentang pendedahan dan tekanan di tempat kerja yang anda alami.

Apabila tuntutan sudah diluluskan, pihak insurans bertanggungjawab untuk membantu pemohon dan insurans tersebut perlu meliputi perubatan dan pemulihan serta langkah pemulihan pekerjaan.

Di Jerman, kehilangan upaya juga akan mendapat tuntutan jika keupayaan pemohon untuk bekerja berkurangan 20% atau lebih.

Penyakit atau kecederaan pekerjaan kekal yang dialami bergantung kepada keaadaan sama ada teruk atau tidak.

Sebagai contoh, pekerja yang mempunyai masalah pendengaran masih boleh bekerja dengan menggunakan alat bantuan pendengaran dan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati di tempat kerja.

Tetapi, jika komplikasi yang dialami oleh pemohon sangat serius sehingga terpaksa berhenti kerja, syarikat insurans mengikut undang-undang tentu mungkin dapat menanggung kos latihan untuk mereka bekerja semula. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

sakit, kecederaan, pekerjaan, tuntutan, insurans