
KERABAT diraja Britain mengalami tragedi dengan pemergian Meghan Markle kerana dia mungkin seseorang yang relevan dengan institusi itu.
Perkara itu dikongsi penulis biografi diraja, Andrew Morton yang turut menyatakan meluahkan rasa kecewanya terhadap wanita itu.
Pengarang "Meghan: A Hollywood Princess" itu berkata, pada mulanya dia menjangkakan Duchess of Sussex akan kekal di institusi itu kerana dia berusaha sedaya upaya untuk menjadi sebahagian daripada Keluarga Diraja.
"Saya fikir dia akan menjadi puteri yang paling mendapat perhatian, malah dia sangat dikenali menerusi lakonannya dalam siri popular Suits," katanya.
Morton menegaskan bahawa Markle menyahaktifkan akaun media sosial, blog dalam taliannya The Tig dan banyak berkorban untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Diraja Britain.
"Dia menukar kewarganegaraan dan melepaskan semua akaun media sosialnya serta melepaskan jawatannya sebagai penaung pelbagai badan amal," ujarnya.
Tambahnya lagi, Morton turut menyanggah dakwaan bahawa ibu dua anak itu tidak bersedia untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Putera Harry.
Katanya, Markle seolah-olah bersedia untuk berintegrasi ke dalam Keluarga Diraja dan pemergiannya daripada keluarga itu adalah tragedi untuk kerabat diraja.
"Saya fikir apa yang berlaku adalah tragedi kecil untuk Keluarga Diraja.
"Markle dan Puteri Diana, kedua-dua wanita berkongsi perasaan yang sama tentang kehidupan mereka sebagai kerabat diraja," katanya.
Pada awal tahun ini, Markle dan Harry membuat keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan insititusi Diraja Britain. —Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram