KACANG Brazil mempunyai kebaikan dan khasiatnya tersendiri yang terkandung di dalamnya seperti lemak tak tepu, protein banyak dan juga selenium yang berfungsi menyumbang kepada pembaharuan sel.
Namun, pakar pelindungan pengguna berkata bahawa makan terlalu banyak kacang Brazil, walaupun terdapat khasiatnya yang tersendiri, kacang ini boleh mendatangkan mudarat kerana kacang Brazil mengandungi radioaktif semula jadi.
Susanne Moritz, pakar nutrisi berkata: “Kacang Brazil mempunyai kandungan radium 1000 kali ganda lebih tinggi daripada makanan lain yang mempunyai radium.”
Sesiapa yang memakan kacang ini dua biji sehari bermakna pengambilan radiokunid (salah satu unsur radioaktif) semulajadi sudah melebihi separuh daripada purata diet cadangan.
Pakar radiasi kerajaan Jerman telah menyatakan bahawa anda tidak perlu risau mengenai kesan buruknya terhadap kesihatan, jika anda makan mengikut jumlah yang ditetapkan.
Pengambilan kacang Brazil melebihi daripada jumlah yang dicadangkan boleh mengundang kepada simptom-simptom seperti nafas berbau, loya, cirit-birit, ruam, rambut gugur, kuku bermasalah, dan perubahan warna gigi, menurut Institusi Kesihatan Amerika Syarikat.
Tetapi, jika jumlah pengambilan kacang ini terlalu banyak, ia mampu mengundang kepada implikasi yang lebih serius seperti masalah penafasan, mengeletar, kegagalan buah pinggang, dan serangan jantung atau jantung gagal berfungsi.
Menurut statistik, purata pengambilan kacang Brazil di Eropah, seorang hanya 0.1g sehari dan masih lagi selamat dan tidak mendatangkan bahaya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram