LEXILIFE, sebuah syarikat dari Perancis yang pakar dalam pembuatan lampu khas untuk orang yang menghidap disleksia, kini memperkenal model terbaharu yang dijangka menjengah pasaran antarabangsa pada 2022.
Semenjak prototaip pertama mereka diperkenalkan pada 2017, Lexilife tidak berhenti menaik taraf produk mereka dan versi terbaru lampu Lexilife kini membenarkan pengguna untuk menyimpan tetapan mereka sendiri, juga mengikuti perkembangan membaca pengguna.
Ia menggunakan teknologi gabungkan deyutan dan moludasi cahaya yang mampu untuk mengurangkan ketegangan mata dan dapat menyingkirkan masalah ‘mirror effect’ (menulis secara terbalik) yang dihadapi oleh penghidap disleksia.
Syarikat itu sedang melakukan persediaan untuk pelancaran Lexilight 3.0, yang bakal membuat penampilan sulungnya di Consumer Electronics Show (CES) yang berlangsung di Las Vegas sebelum pelancaran ke pasaran Eropah pada 2022.
Lexilight 3.0 ialah lampu mudah alih tanpa wayar dan menggunakan lampu LED rekaan khas untuk menggabungkan cahaya denyutan dan cahaya modulasi, malah ia juga dilengkapi algoritma yang lebih berkuasa daripada model terdahulu.
Pancaran cahaya Lexilight 3.0 boleh diubah mengikut kesesuaian pengguna melalui aplikasi telefon pintar (android dan iOS) membolehkan pengguna bebas buat tetapan keamatan, denyutan dan modulasi cahaya.
Fokus pasaran lexilight 3.0 ini tertumpu kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah disleksia. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram