Sejarah masyarakat Chetti kini dipamerkan secara maya


ORANG ramai boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masyarakat Chetti di pameran maya The Faces of Malaysia Exhibition: The Chettis of Melaka. — The Star
MASYARAKAT Chetti merupakan komuniti Peranakan pertama dan yang tertua di Malaysia. Kini, orang ramai boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masyarakat Chetti menerusi pameran The Faces of Malaysia Exhibition: The Chettis of Melaka yang berlangsung selama sebulan sehingga 16 November secara maya di Muzium Negara.

Mengimbau semula sejarah di Melaka, masyarakat Chetti dikenali sebagai Peranakan India. Asal-usul mereka bermula sejak dari abad ke-15 apabila pedagang dari India Selatan tiba di perlabuhan bersejarah Asia Tenggara sebelum berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di Melaka.

Kaya dengan sejarah lebih 600 tahun, masyarakat Chetti dikategorikan melalui perkahwinan campur, asimilasi budaya dan budaya hindu yang unik. Masyarakat Chetti berkomunikasi menggunakan kombinasi unik merangkumi Bahasa Malaysia, Tamil, dan Cina.

The Chettis of Melaka Exhibition bertujuan untuk meraikan keunikan kepercayaan dan bahasa masyarakat Chetti, juga menguar-uarkan kepada masyarakat tentang kelestarian Chetti sebagai salah satu entik minoriti di Malaysia,” kata kenyataan Muzium Negara.

The exhibition is divided into four main sections, each concentrating on different aspects of the Chetti lifestyle. Photo: Handout
PAMERAN ini terbahagi kepada empat bahagian, setiap satu menumpukan tentang aspek berbeza kehidupan dan sejarah masyarakat Chetti. — The Star


Sebagai tapak warisan yang masih hidup di Melaka, terdapat lebih kurang 25 perumahan di Kampung Chetti dan dianggarkan mempunyai populasi sebanyak 350 orang di Malaysia.

Pameran maya The Chettis of Melaka

Daripada perhiasan pelamin perkahwinan ke peralatan muzik, begitu juga gambar dan juga video pendek bacaan pantun oleh masyarakat Chetti, The Chettis Of Melaka ialah pameran dalam talian yang memberi gambaran tentang asal-usul, sejarah, dan adat resam masyarakat Chetti. Dibahagikan kepada empat bahagian, masing-masing menceritakan tentang masyarakat Chetti dalam aspek yang berbeza.

1343700
ANTARA pameran dari bahagian upacara pemakaian masyarakat Chetti di ‘The Chettis of Melaka’ yang berlangsung secara maya.


Ketahui sejarah masyarakat Chetti di bahagian pertama, yang mempamerkan gambar, artikel dan artifak seperti tembaga perak (barang perhiasan rumah masyarakat Chetti), penutup kepala tradisional dan topi keledar putih (topi era kolonial) yang pernah dimiliki oleh pemegang amanah Kuil Sri Poyatha Vinayaga Moorthy sewaktu dia bertugas sebagai seorang pegawai di zaman pemerintahan British di Melaka.

Bahagian seterusnya mengisahkan tentang upacara kelahiran, upacara kematian, dan upacara sadanggu (meraikan anak gadis yang baligh), pakaian tradisional, dapur masyarakat Chetti, upacara perkahwinan dan alatan muzik yang dimainkan semasa majlis perkahwinan dan majlis budaya lain seperti tabla, baya dan mridangam.

Pameran maya ini lengkap dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang merangkumi kepercayaan masyarakat Chetti, bahasa, dan usaha mengekalkan budaya dan warisan masyarakat Chetti dan boleh dilayari menerusi https://roundme.com/tour/768638/view/2421201.The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Chetti, budaya, Muzium Negara, sejarah, Melaka