KETIKA orang ramai lebih memilih muzik moden sebagai sajian halwa telinga untuk dinikmati, pemuda berusia 32 tahun ini lebih cenderung mempertahankan martabat seni warisan negara menerusi lagu dan irama tradisional seperti Ghazal, Zapin dan Muzik Melayu Asli.
Amin Khalid, 32 anak jati Batu Pahat, Johor berkata, minatnya terhadap muzik tradisional mula timbul sejak dia berusia 14 tahun apabila ia didorong oleh abangya, Alif Khalid, 37.
“Sebenarnya abang saya juga penggiat muzik tradisional Ghazal, dulu saya selalu diajak untuk sama-sama belajar muzik ini.
“Lama-lama jadi minat pula... seronok dengar lagu-lagu tradisional ni sebenarnya, lebih-lebih lagi ia melambangkan warisan budaya kita.
“Saya mula dengan bermain alat muzik peti harmonium... bila dapat menguasai alat muzik ni, rasa sangat puas, bangga pun ada sebab tak semua orang pandai, lagi-lagi ketika itu saya masih berusia 14 tahun,” katanya kepada Majoriti.
Amin (tiga dari kanan) memainkan instrumen harmonium ketika membuat persembahan di peringkat sekolah.
Katanya yang kini berkhidmat sebagai ahli muzik di Yayasan Warisan Johor, sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam muzik tradisional, dia juga telah mengusai beberapa alat muzik lain seperti tabla, gitar, gambus dan accordion.
“Bila dah mahir dengan harmonium, saya dan abang tubuhkan kumpulan Ghazal remaja. Ketika itu kami banyak belajar dengan para penggiat seni Ghazal di sekitar daerah Batu Pahat.
“Sejak itu, kami mula aktif menyertai pertandingan Ghazal peringkat Johor dan menerima undangan persembahan untuk majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi di Batu Pahat atau di negeri lain,” katanya.
Amin memberitahu, selepas dua tahun giat menceburkan diri dalam Ghazal, dia kemudian mengembangkan minatnya dalam muzik Melayu Asli dan Zapin
"Apa yang seronoknya terlibat dalam bidang muzik tradisional ini, kita akan jumpa dengan orang-orang yang lebih berpengalaman dan saya sendiri tidak pernah melepaskan peluang untuk belajar sesuatu yang baharu daripada mereka.
“Ketika inilah saya mula didedahkan dengan penglibatan dalam pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan,” katanya.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera, Pengkhususan dalam bidang Pengajian Perbandaran dan Perancangan di Universiti Malaya ini berkata, penglibatannya dalam bidang itu mula membuahkan hasil apabila dia diberi kepercayaan berperanan sebagai jurulatih muzik Ghazal Johor di bawah kelolaan Yayasan Warisan Johor.
“Alhamdulillah, masa itu saya rasa sangat berbesar hati kerana dilantik menjadi jurulatih muzik Ghazal secara freelance di beberapa sekolah dalam daerah Batu Pahat, Muar, selain jurulatih kepada beberapa buah Jabatan Kerajaan di dalam Negeri Johor, dan di Negeri Kelantan.
“Teruja kerana diberi kepercayaan untuk menjadi jurulatih Muzik Ghazal Johor demi membantu mengembangkan muzik tradisi ini.
Selain harmonium, Amin turut mahir memainkan instrumen tabla, gitar, gambus dan accordion.
“Saya sangat berharap agar muzik tradisional seperti Ghazal, Melayu Asli, Inang, Joget, dan Zapin dapat berkembang selari dengan muzik-muzik lain dalam industri muzik di Malaysia.
“InsyaAllah, selagi diberikan kepercayaan saya mahu beri nafas baru kepada muzik-muzik tradisional tanpa melupakan nilai-nilai estetika asal agar diminati semua golongan masyarakat, agar kekal relavan sepanjang hayat,” katanya. — Majoriti