Ayah dilucut hak penjagaan, Britney Spears akui perlu masa pulih diri sendiri


  • Hiburan
  • Selasa, 05 Okt 2021

Britney Spears tidak mahu meraikan keputusan mahkamah namun mahu mengambil masa untuk pulihkan diri sendiri. — Agensi
SELEPAS beberapa hari ayahnya dilucutkan hak penjagaan, penyanyi Britney Spears mengakui dia memerlukan sedikit masa untuk memulihkan dirinya.

"Walaupun perubahan berlaku dan sepatutnya ia perlu diraikan, tapi saya perlu lakukan rawatan diri sendiri terlebih dahulu," tulisnya menerusi Instagram pada Sabtu.

Menerusi hantaran itu, Spears yang memuatnaik sekeping foto yang memperlihatkan pokok berkata, dia kini memiliki sokongan dan sedang mengambil masa untuk memahami apa yang berlaku.

"Hanya melalui cinta diri saya dapat berdoa,cinta dan menyokong orang lain sebagai balasan," tulisnya lagi.

Terdahulu, Jamie Spears, telah dilucutkan hak penjagaan selepas 13 tahun terhadap penyanyi terkenal itu dan arahan itu dikeluarkan hakim Mahkamah Los Angeles.

Jun lalu, Britney yang juga bintang pop tersohor dunia memaklumkan kepada mahkamah bahawa hak penjagaan tersebut yang bermula pada 2008 adalah memeritkan buat dirinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram