PERSONALITI media sosial, Aisar Khaled sekali lagi menjadi perhatian warganet susulan perkongsiannya mengislamkan seorang lelaki berbangsa India, menerusi hantaran sebuah video di Instagram baru-baru ini.
Selain mendapat pelbagai respons daripada warganet dan rakan selebriti, video yang dimuat naik Aisar itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Amin yang turut memberi sokongan terhadap tindakannya itu.
Menurut PU Amin, kerja dakwah yang dilakukan Aisar adalah sesuatu yang baik namun perlu mendapatkan nasihat dan bimbingan pihak berkuasa agama atau yang berkaitan terlebih dahulu.
"Pertamanya, apa yang dia buat itu bagus dan tahniah saya ucapkan kepadanya... apabila ada influencer, instafamous atau youtuber buat kerja dakwah ini ia sesuatu yang baik dan kita yang buat kerja-kerja dakwah ini perlu sokong sebab dalam dakwah tidak ada timbul isu persaingan atau sebagainya.
"Cuma cara yang sebegitu tidak boleh dijadikan sebagai perkara yang normal sebab untuk kita mengislamkan seseorang, sama ada di jalanan, satu kampung, satu daerah atau kawan sendiri, kita perlu bawa ke tempat yang sepatutnya. Inilah yang kami pendakwah-pendakwah bincangkan mengenai perkara ini.
"Kita ada Perkim, Yadim dan banyak lagi institusi dan pihak-pihak berkuasa agama yang mereka pun membuat kerja dakwah memajukan agama dengan meramaikan orang Islam. Mereka juga boleh hubungi ustaz-ustaz atau PU, tak jadi masalah.
"Jadi kita boleh berikan pandangan dan nasihat agar orang yang buat kerja dakwah itu tidak dikecam," katanya kepada Majoriti.
PU Amin turut memberi respons mengenai perkara itu di Intagram.
Terdahulu, Aisar memuat naik satu video yang memaparkan dia sedang menjelaskan mengenai agama Islam sebelum membantu lelaki tersebut mengucap dua kalimah syahadah.
“Seorang India masuk Islam. Saya terjumpa seorang abang ini, dia sangat sedih dengan kehidupan dia yang banyak masalah.
“Saya bercerita tentang kebesaran Allah dan apa sebenarnya yang kita perlu buat di dalam dunia ini.
“MasyaAllah, Allah menjentik hatinya untuk menerima agama Islam. Sungguh nikmat kebesaran ALLAH,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, PU Amin berkata pandangan dan nasihat daripada pihak yang berkaitan adalah penting bagi memastikan individu yang baharu memeluk Islam itu dapat dibimbing dengan sebaiknya.
"Saya ada lihat posting Aisar, dia kata akan bawa lelaki itu untuk dibimbing... mungkin dia akan salur atau perkenalkan kepada pihak penguasa agama.
"Jadi tak kisahlah kalau ada influencer atau YouTuber lain nak buat pun tak ada masalah, cuma mereka perlu dapatkan pandangan dan bimbingan terlebih dahulu.
"Kita tidak mahu seseorang memeluk Islam sekadar mengucap syahadah dan selepas itu hilang begitu sahaja...mereka ini perlu dibimbing sebab kalau sudah memeluk Islam dan dia buat perkara yang tak sepatutnya, dia berdosa.
"Apabila masuk Islam ini tertakluk kepada pahala dan dosa, ini satu tanggungjawab yang sangat besar," jelasnya.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram