Lantang kritik vaksin, Nicki Minaj diundang ke White House


  • Hiburan
  • Khamis, 16 Sep 2021

Minaj adalah antara selebriti yang melantang mengkritik vaksinasi Covid-19 sejak beberapa hari lalu yang mana dia mendakwa suntikan itu mendatangkan kemudaratan kepada penerimanya. — Agensi

PENYANYI rap, Nicki Minaj mendedahkan dirinya diundang pentadbiran Amerika Syarikat (AS) ke White House bagi membincangkan lebih lanjut tentang Covid-19.

Ia susulan tindakan penyanyi itu yang sejak kebelakangan ini lantang mengkritik keberkesanan vaksin melalui platform Twitter.

“White House telah mengundang saya dan ini adalah langkah yang tepat.

“Ya, saya akan memenuhi undangan itu. Saya akan mengenakan pakaian serba merah jambu seperti watak Legally Blonde jadi mereka akan tahu saya maksudkan perniagaan.

“Saya akan mengutarakan soalan mewakili orang ramai yang hidupnya telah dipermainkan sebagai manusia,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

WhatsApp Image 2021-09-16 at 16.10.25

Pada masa sama, penyanyi berusia 38 tahun itu meminta pengikutnya di Twitter untuk mengirim pertanyaan dan kebimbangan mereka agar ia dapat mengemukakannya kepada pegawai di White House.

“Saya akan lakukannya. Jika anda ada pertanyaan untuk diutarakan, sila tinggalkan soalan anda di ruangan komen. Anda akan mendapat penjelasan nanti,” katanya.

Minaj adalah antara selebriti yang melantang mengkritik vaksinasi Covid-19 sejak beberapa hari lalu yang mana dia mendakwa suntikan itu mendatangkan kemudaratan kepada penerimanya.

“Sepupu saya di Trinidad tidak mahu menerima suntikan vaksin kerana kenalannya yang mengambil vaksin telah mati pucuk dan terpaksa menangguhkan perkahwinannya. Jadi anda perlu berdoa dan pastikan keputusan anda tepat tanpa paksaan,” katanya menerusi ciapan di Twitter baru-baru ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram