Bersatu dakwa dana RM5 juta diterima sah, kata rakyat 'bab sah atau tidak, jawab depan hakim'


  • Politik
  • Isnin, 13 Mac 2023

Mengikut pertuduhan, dana bernilai RM5 jura itu dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti tersebut.

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan satu lagi pertuduhan pada Isnin di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor membabitkan pertuduhan membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM5 juta, pada awal tahun 2022.

Ia merupakan pertuduhan ketujuh dihadapi Ahli Parlimen Pagoh itu selepas beliau didakwa dengan enam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Empat daripadanya merupakan kesalahan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah bernilai RM232.5 juta dan dua kesalahan penggubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

Muhyiddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketujuh-tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Bagi pendakwaan terbaharu pada Isnin, Muhyiddin yang memegang jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd.

1977059

Muhyiddin ketika tiba di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, pada Isnin.

Mengikut pertuduhan, dana dimaksudkan itu dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti tersebut.

Ekoran daripada perkembangan tersebut, sayap pemuda parti itu, Armada Bersatu Nasional segera tampil mempertahankan Muhyiddin yang berhadapan pertuduhan tersebut.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, sumbangan bernilai RM5 juta yang diterima daripada Bukhari Equity Sdn Bhd itu disalurkan secara sah menerusi sistem perbankan sepatutnya.

Beliau turut mengulangi hujah yang mengatakan pendakwaan terbaharu terhadap pemimpin tertinggi partinya itu adalah bermotifkan penganiayaan politik.

Namun begitu, rata-rata warganet meminta agar semua pihak tidak mendahului mahkamah dalam memutuskan mengenai pertuduhan itu.

1975562

Beliau mengulangi hujah mengatakan pendakwaan terbaharu terhadap pemimpin tertinggi partinya itu bermotifkan penganiayaan politik.

Malah, terdapat juga antaranya berpendapat kenyataan Wan Fayshal yang juga Ahli Parlimen Machang itu secara langsung mengesahkan Bersatu menerima dana tersebut.

"Mengaku terima RM5 juta kan. Bab sah tak sah. Jawab depan hakim," Shariman Joe Gerrard.

"Ke mahkamah dulu. Pakar undang-undang ada. Mereka lebih tahu daripada kamu salah atau betul," Toq Oqqi.

"Kalau sah suruh Muhyiddin jawab di makhamah atau Armada saman SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," ujar Haleman Ahmad.

Sawa Nelan pula menulis, "Hanya mahkamah sahaja dapat mengesahkan itu sah atau tidak berdasarkan bukti dan fakta. Kalau rasa itu betul dan sah, tak perlu gelabah dan risau." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram