Fans Kelantan FC berbelah bahagi mahu beli jersi baharu TRW


  • Podium
  • Selasa, 21 Feb 2023

Jersi home Kelantan FC yang berwarna merah dan hitam sudah dipakai sewaktu perlawanan persahabatan menentang PIB FC. — Facebook/TRW

PASUKAN Kelantan FC yang dinaikkan pangkat ke dari Liga Perdana ke Liga Super 2023 nampaknya melakukan segala persiapan untuk memberikan cabaran sengit kepada pasukan musim ini.

Antara persiapan yang dilakukan naib johan Liga Perdana 2022 itu ialah melengkapkan sembilan kuota pemain import sekaligus menandakan mereka bersedia sepenuhnya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Bukan hanya tampil dengan wajah baharu, skuad The Red Warriors (TRW) juga tidak melepaskan peluang memperkenalkan jersi baharu yang bakal disarung oleh barisan pemain musim ini dan akan menjadi pakaian rasmi penyokong pasukan tersebut apabila hadir ke perlawanan Kelantan.

Jersi home masih mengekalkan warna merah dan corak belang yang sinonim sebagai jersi rasmi pasukan berpangkalan di Pantai Timur itu sejak beberapa musim dan ada juga mengatakan rekaannya seperti pasukan Serie A, AC Milan.

Manakala, bagi jersi away dan ketiga pula masing-masing menggunakan warna ungu serta oren dan kesemuanya dihasilkan oleh 93 Sports sebagai penaja rasmi jersi Kelantan musim ini.

WhatsApp Image 2023-02-21 at 19.36.54

Jersi away Kelantan FC. — Facebook/TRW

Meskipun ada penyokong yang tidak sabar untuk menyarung jersi tersebut, terdapat segelintir peminat TRW berpendapat pakaian rasmi pasukan Kelantan itu terlalu 'overrated' sehingga ramai berbelah bahagi untuk mengeluarkan duit mereka.

Bukan itu sahaja, ada juga yang membandingkan kualiti dan harga jersi Kelantan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT).

"Harga jersi original JDT keluaran Nike berharga RM 299. Itu boleh dikira berbaloi kerana jenama sukan nombor satu dunia. Tetapi jersi Kelantan berjenama 93 Sports yang tak pernah dengar sebelum ini dijual dalam harga RM199? Lebih baik pakai jenama sukan seperti Lotto atau AL. Lagi murah, " kata penyokong, Onefootball.my.

"Yang JDT tu padan la RM299. Ini brand entah apa-apa, harga RM199. Entah ada kilang ke tak," kata seorang lagi penyokong, Drhaalang.

"Tengok dah depan mata, waktu hari pelancaran. Tak berbaloi spend RM199 dgn kualiti macam tu, baik player issue mahupun fans issue. Tapi kalau ada rezeki lebih Insya-ALLAH akan sokong, tapi ia bukan jersi pertama yang saya nak beli tahun ini," luah penyokong, cleverfik.

Untuk makluman, jersi Kelantan dijual dengan dua kualiti berbeza, iaitu 'fans issue' yang dipasarkan dengan harga RM139.00 sementara 'player issue' pula lebih mahal iaitu RM199.90. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram