Nyanyian tergantung Naim Daniel, busana awan Aina Abdul jadi bualan fans AJL37


  • Hiburan
  • Isnin, 13 Feb 2023

Naim Daniel dan Aina Abdul tampil dengan persembahan yang menakjubkan. — Facebook/TV3 Malaysia

"PERSEMBAHAN paling tak masuk akal malam ini."

Mungkin, itu yang bermain di fikiran penonton yang menyaksikan persembahan Naim Daniel yang menyanyi secara terbalik dalam keadaan tergantung ketika mempersembahkan lagu Mainan ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) 37 pada Ahad.

Bukan hanya tergantung dengan kedua kakinya diikat kemas untuk satu atau dua rangkap lagi, tapi penyanyi dan pelakon berusia 25 tahun itu berada dalam posisi terbalik sehingga selesai mendendangkan lagu tersebut.

Persembahan 'luar kotak' itu mendapat perhatian penonton di Axiata Arena, Kuala Lumpur dan dia dijangka akan membawa pulang kategori Persembahan Terbaik AJL 37 kerana tidak pernah dilakukan dalam sejarah AJL.

Walaupun persembahan Naim membuatkan penonton terpegun namun ada yang menyuarakan kebimbangan terhadap persembahan ditampilkan penyanyi itu.

330208991_749745470053079_5039246893933749142_n

Naim Daniel menyanyi secara terbalik. — Facebook/TV3 Malaysia

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-ratanya berasa terpegun dalam pada masa sama bimbang sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

"Ini betul-betul ambil risiko, teringat pula dekat lelaki yang terperangkap dalam gua dengan keadaan kepala ke bawah dan berakhir dengan kematian," kata Si Lala.

"Dah okay, cuma kurang dari segi penghayatan, mungkin sebab terbalik, kurang jelas emosi disampaikan," jelas Lurima Miharbi.

"Sampai habis dia menyanyi terbalik, tunggu dia pusing balik," ujar Kamaria Maria.

"Nasib kau tengah buat persembahan darah tak turun jangan ambil risiko baik ada pakar," luah Elit Jhor.

Sementara itu, penyanyi yang sering tampil dengan busana ‘dramatik dalam persembahan, Aina Abdul menepati jangkaan penonton apabila tampil serba putih seumpama awan.

Aina Abdul tampil seperti awan dengan persembahan energetik sehingga membuatkan penonton di Axiata Arena bersorak bergema.

Kini trofi Vokal Terbaik bakal menjadi tumpuan apabila ketiga-tiga penyanyi wanita iaitu Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan mempamerkan persembahan dengan vokal yang terbaik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram