Bergson 'menyinar' di Eropah, JDT bakal raih untung besar?


  • Podium
  • Ahad, 05 Feb 2023

Rekod purata jaringan Bergson melebihi Kylian Mbappe, Erling Haaland dan Robert Lewandowski pada 2022. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Takzim (JDT) terus menempa nama di peringkat antarabangsa apabila penyerang berbisa skuad Harimau Selatan, Bergson Da Silva mendapat perhatian media Perancis, 20 minutes mengenai purata jaringannya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Kejayaan pemain kelahiran Brazil itu terlebih dahulu dikongsi oleh laman Sky Sports Itali yang meletakkan rekod purata jaringan Bergson melebihi Kylian Mbappe, Erling Haaland dan Robert Lewandowski pada 2022.

Sky Sports Italia meletakkan Bergson sebagai penjaring dengan purata jaringan tertinggi 1.27 gol untuk setiap perlawanan.

Ketika ditemu bual oleh 20 minutes, Bergson berkata, dia tidak pernah terfikir untuk mencapai kejayaan ini dan selain bonus untuk duduk sebaris dengan nama-nama besar.

Bergson turut mengakui bahawa kini dia sedang melalui fasa terbaik dalam dirinya terutamanya apabila mendapat sokongan penuh daripada pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan dia menganggap itulah rahsia kejayaannya.

WhatsApp Image 2023-02-05 at 18.40.55

Bergson terus menjadi tonggak utama JDT terutamanya mengemudi di bahagian serangan. — Facebook/JDT

Pencapaian pemain berusia 31 tahun itu sememangnya menggembirakan penyokong namun ada juga berpendapat bahawa ia adalah strategi untuk memasarkan Bergson di peringkat Eropah.

"Ini semua marketing strategy TMJ. Media luar cover (buat liputan) tentang Bergson, tidak mustahil kelab Eropah berminat dengan Bergson. Kena dengan harga, Bergson dilepaskan. JDT masih ada Diogo as backup," kata penyokong JDT, Nasri Husin.

"Tidak lama lagi ada kelab Eropah nak beli dia. Untung JDT," kata penyokong Harimau Selatan, Salihin Shahar.

"Jangan bagi kelab Perancis beli sudahlah. Aset JDT itu," tulis penyokong JDT, Rumaisya Amani.

Sekiranya JDT berniat untuk melepaskan Bergson, ia tidak menjadi kerisauan buat skuad Harimau Selatan kerana penyerang baharu Diogo Luis Santo boleh menggantikan posisinya.

Untuk rekod, Bergson menjaringkan 46 gol dari 36 perlawanan ketika membantu Harimau Selatan meraih empat kejuaraan trofi domestik dan layak ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram