Trigger penalti kontroversi Vietnam, fans HM serang page pengadil Jepun


  • Podium
  • Selasa, 27 Dis 2022

Malaysia gagal mengekalkan rentak kemenangan di Vietnam apabila tewas 0-3 di tangan pasukan itu. — Facebook/FAM

RENTAK kemenangan dalam dua perlawanan lalu tidak dapat diteruskan oleh Harimau Malaya di bumi Vietnam apabila tewas 0-3 di tangan pasukan lawan pada saingan Kumpula B, Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam, pada Selasa.

Penjaga gol utama negara, Ahmad Syihan Hazmi gagal menjaga gawang Malaysia sepenuhnya apabila pada minit ke-27 tandukan Nguyen Tien Linh berjaya mengelirukan pemain itu.

Dalam aksi separuh masa pertama menyaksikan Nguyen Van Toan di layangkan kad kuning kedua dan sekali gus kad merah dikeluarkan pengadil Jepun, Ryuji Sato pada minit ke-32 selepas melakukan terjahan keras ke atas pertahanan negara, Dominic Tan.

Meskipun hanya bermain dengan 10 tonggak pada aksi separuh masa pertama, peluang tersebut gagal dimanfaatkan oleh barisan pemain dengan pelbagai percubaan gagal dicetak oleh anak-anak buah Kim Pan-gon.

WhatsApp Image 2022-12-27 at 22.33.59

Kesebelasan utama Harimau Malaya menentang Vietnam. — Facebook/FAM

Memasuki babak kedua pula, Harimau Malaya diuji apabila tonggak pertahanan, Azam Azmi Murad dikenakan kad merah, malah pengadil turut memberi penalti percuma kepada pasukan Naga Emas itu.

Sepakan penalti dari Que Ngoc Hai gagal diselamatkan oleh bekas penjaga gol Negeri Sembilan itu, sekali gus memberi gol kedua buat pasukan tuan rumah pada minit ke-64.

Malaysia yang turut beraksi dengan 10 pemain berjaya dimanfaatkan oleh anak-anak buah Park Hang-Seo apabila Gawang Malaysia terus diuji apabila Nguyen Hoang Durc mencetak gol ketiga buat pasukan Vietnam pada minit ke-83.

Bagaimanapun, perlawanan di pada Selasa itu mendapat kritikan hebat dari penyokong tanah air yang menyifatkan pengadil, Ryuji bersikap tidak adil kepada pasukan Malaysia apabila memberi penalti percuma kepada Vietnam.

Kemarahan penyokong Malaysia dapat dilihat apabila mereka menyerang laman media sosial Facebook pengadil tersebut.

WhatsApp Image 2022-12-27 at 22.37.25

Tangkap layar laman Facebook milik pengadil itu 'diserang' oleh penyokong Malaysia.

"Tolonglah ambil tindakan dan siasatan terhadap pengadil ini," kata penyokong Harimau Malaya, Ibnu Khaldun Ismail.

"Pengadil paling teruk yang pernah ada, ingat kata-kata saya ini," komen, Firdaus Kasmir.

"Pengadil sepatutnya adil. Nampak sangat kau sokong Vietnam sebelum perlawanan. FIFA patut siasat pengadil ini," kata penyokong Harimau Malaya, Muhammad Faisal Adnan.

Dengan kekalahan di tangan Vietnam itu, pasukan Harimau Malaya perlu bekerja keras untuk menumpaskan negara jiran, Singapura pada 3 Januari ini bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram