Agresif rekrut ubi muda, Perak FC bagaikan jelmaan Arsenal


  • Podium
  • Jumaat, 11 Nov 2022

Sebahagian pemain Perak FC menjalani latihan bersama Teong Kim baru-baru ini. — Facebook Perak Football Club

PERKEMBANGAN Perak FC selepas diambil alih pengurusan baharu kini diikuti secara rapat oleh penyokong bola sepak di seluruh negara.

Kelab elit itu dalam fasa agresif merekrut pemain-pemain baharu selepas diambil alih pengurusan XOX Berhad menerusi anak syarikatnya XOX Pro Sport Sdn. Bhd.

Sebelum ini, Perak FC sudah mengumumkan kehadiran dua pemain muda berbakat, Harith Naem dan Ilham Aqil selepas masing-masing dibawa masuk dari Melaka United dan skuad Projek FAM-MSN.

Di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim, pasukan itu giat menjalani latihan secara intensif memandangkan kelab itu bakal bersaing dalam saingan liga teratas domestik.

Malah laman rasmi Perak FC, Perak Football Club turut berkongsi perkembangan sesi latihan bersama Teong Kim di Facebook dari semasa ke semasa.

315104040_186642773916106_4971979021179113859_n

Seorang pemain muda Perak FC menjalani latihan baru-baru ini. — Facebook

Di sebalik perkongsian terbaharu Perak Football Club, komen-komen penyokong mencuri perhatian apabila ada yang mengharapkan ubi-ubi muda yang diketengahkan Teong Kim dapat mencontohi kelab Arsenal.

Jamal Rais Husain berasakan bakat-bakat baharu itu dapat menjadikan The Gunners yang kini menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai contoh.

Tambahan lagi kelab itu banyak didominasi prospek muda yang semakin menyinar seperti Eddie Nketiah, Martin Odegaard, Fabio Vieira, Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli.

"You all (Anda semua) muda-muda, contohi team Arsenal yop, season ni tengah meletup-letup di EPL, semua player muda-muda yang tak dikenali!!," tulisnya di ruangan komen.

Seorang lagi penyokong, Shah Zam membalas komen itu dengan menulis, "Arsenal sebelum nak power depa (mereka) kalah dulu banyak game, jadi kalau ada kekalahan kena terima ia sebahagian daripada proses."

Memberi respons kepada balasan komen itu, Jamal bekata, "Ya, masa tu dalam proses, usaha dalam proses, akhirnya memang menjadi... pengalaman pelan-pelan hadir dalam diri."

Apapun para penyokong tetap mengharapkan Teong Kim dapat mempersiapkan pasukan dalam usaha membawa semula semangat juang Perak FC yang pernah mewarnai arena bola sepak tempatan satu masa dahulu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram