Bukan lagi rahsia Aidil Sharin cuba nasib di Penang FC, betul ke mahu lunas misi peribadi?


  • Podium
  • Rabu, 19 Okt 2022

Aidil berkhidmat selama empat musim dengan skuad Hijau Kuning. — Facebook

DESAS-DESUS mengenai perkhabaran bekas jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak bakal berhijrah ke Penang FC bertiup kencang ketika ini.

Ini selepas satu gambar dikongsi para penyokong Harimau Kumbang di media sosial menunjukkan kelibat jurulatih kelahiran Singapura yang empat musim berjasa bersama Hijau Kuning tersebut ke pejabat Ketua Menteri dan Exco Pulau Pinang baru-baru ini.

Rata-rata penyokong berpendapat tidak mustahil Aidil bakal menerajui Penang FC, apatah lagi kelab Liga Super itu sudah ‘merehatkan’ pengendali, Datuk Zainal Abidin Hassan digantikan pengendali sementara, Manzoor Azwira bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2022.

Ada yang berpendapat, pengendali berusia 45 tahun itu mungkin ada misi buat dirinya yang masih belum dilunaskan lagi.

311935137_539343184864711_5541054683670123262_n

Khabar angin mengatakan Aidil bakal berhijrah ke Penang FC. — Facebook

"Kalau dia mai (datang), insya-ALLAH dia mesti nak buktikan dia berkaliber menjadi jurulatih yang baik! Tak semestinya gagal dulu akan gagal selamanya, macam tu juga jika sebaliknya," komen Mohd Suhaimi Shamsuddin Facebook Malayantigerfans.

"Di Kedah pun rasanya isu gaji kerap, mungkin dia boleh bawa Penang FC lebih baik tahun depan insya-ALLAH, kita tengok," balas Muhammad Nuryaqzan Noordin kepada komen tersebut.

Pada masa sama, ada penyokong Penang FC yang melontarkan pendapat supaya Aidil diberi kebebasan untuk memilih dan menentukan pemain yang dikehendaki dalam pasukannya.

Isu tersebut timbul selepas ada dakwaan yang mengatakan pengurusan KDA FC yang memilih pemain mengikut peruntukan bajet yang disediakan dan hanya menyerahkan urusan susun atur strategi kepada Aidil berdasarkan pemain yang diberi.

1782354

Aidil (dua dari kiri) dilihat di kaunter pendaftaran untuk masuk ke Pejabat Ketua Menteri dan Exco Pulau Pinang. — Facebook

Hal berkenaan menyebabkan tidak semua pemain yang dibawa masuk ke dalam skuad Sang Kenari sesuai bermain dengan taktikal diterapkan Aidil dalam pasukan.

"Harap Penang boleh sediakan pemain yang dia nak," ujar Aqu Fikry.

"Jika betul (Aidil ke Penang FC), biar jurulatih pilih sendiri pemain," kata Syamim Muhammad pula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram