Bagai sirih pulang ke gagang, bekas kapten Perak sudah dikenal pasti?


  • Podium
  • Isnin, 10 Okt 2022

Shahrul (tiga dari kiri) bersama barisan pemain Perak FC. — Stadium Astro

MUSIM 2023 diramal bakal menjadi tahun terbaik Perak FC terutamanya selepas Lim Teong Kim diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Kehadiran jurulatih berpengalaman itu dikatakan bakal membawa lebih banyak kegembiraan buat penyokong apabila timbul khabar angin Teong Kim bakal membuat rombakan pemain dengan membawa masuk ramai pemain bintang.

Sebelum ini, dua tonggak pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) dan beberapa pemain Melaka United dilaporkan akan memberi nafas baharu kepada Perak FC musim depan.

Terbaharu, timbul lagi satu lagi perkhabaran mengenai pemain Perak FC apabila bekas ketua pasukan The Bos Gaurus dikatakan akan kembali menyarung jersi skuad tersebut.

‘Rumour’ itu mula hadir selepas hantara laman penyokong Perak FC, Silver Retro yang mendakwa bekas pemain skuad Seladang itu akan bermain di bawah kendalian Teong Kim pada saingan akan datang.

“Tahukah anda! Berstatus ' Bekas Ketua Pasukan ' ----> ke Perak,” tulis laman penyokong itu.

Kuala Lumpur's Mohd Farid Ramli (right) and Perak's Mohamad Nasir Basharudin fight for the ball during Piala Malaysia match between Kuala Lumpur and Perak at Selayang Stadium, Kuala Lumpur. FAIHAN GHANI/The Star.

Mohd Nasir pernah menjadi kapten Perak pada musim 2014 hingga 2016 dan 2018. — The Star

Berdasarkan semakan Majoriti, terdapat dua bekas kapten yang berpotensi menjadi pemain yang dikatakan itu iaitu Shahrul Saad dan Mohd Nasir Basharuddin.

Mohd Nasir yang juga pemain tengah itu pernah menjadi kapten Perak pada musim 2014 hingga 2016 dan 2018.

Kemungkinan untuk Mohd Nasir ke Perak adalah tinggi apabila difahamkan kelab terkininya iaitu Petaling Jaya City FC yang dikatakan akan dibubarkan pada musim 2023 ekoran masalah kewangan.

Manakala, Shaarul pula menabur bakti sebagai ketua pasukan skuad Seladang pada 2019 sehingga 2021.

Shahrul juga sebelum ini terpalit dengan desas-desus antara pemain pertahanan JDT yang bakal ke Perak bersama Fadhli Shas.

SHAARUL

Shahrul pula menjadi ketua pasukan skuad Seladang pada 2019 sehingga 2021. — Stadium Astro

“Selamat datang capt @acer (Mohd Nasir)..saja bagi gosip-gosip mana tahu ada yang lupa,hehe..Semoga dipermudahkan ALLAH..Aminn,” komen penyokong, Mohd Fazle'y Yusuf.

“Shahrul Saad lah tu,” tulis penyokong, Muhammad Zuhri Saifuddin. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram