Tiada Bergson, JDT mampu 'ratah' Sri Pahang walau sekadar hantar pasukan Piala Presiden


  • Podium
  • Jumaat, 07 Okt 2022

Bergson mengalami penggantungan perlawanan disebabkan kad merah yang dilayangkan oleh pengadil sewaktu aksi menentang KDA FC pada Selasa lalu. — Facebook/JDT

KETIADAAN penyerang berbisa, Johor Darul Takzim (JDT) Bergson Da Silva berkemungkinan membawa sedikit perbezaan pada permainan skuad Harimau Selatan dalam perlawanan menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Kehilangan pemain import, Brazil itu berikutan penggantungan perlawanan disebabkan kad merah yang dilayangkan oleh pengadil sewaktu aksi menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Selasa lalu.

Selain kehilangan Bergson pada jentera serangan, pengendali JDT, Hector Bidoglio terpaksa lupakan khidmat pemain pertahanan Shane Lowry akibat kecederaan yang dialami pemain itu.

WhatsApp Image 2022-10-07 at 11.25.48 AM

JDT terpaksa bermain tanpa dua tonggak pada perlawanan menentang Sri Pahang. — Facebook/JDT

Ada yang beranggapan kehilangan pemain utama itu boleh membuka ruang untuk skuad di bawah kendalian Datuk Dollah Salleh meleburkan rekod tanpa kalah skuad Harimau Selatan.

Bagaimanapun, ketiadaan dua tonggak itu dianggap bukan halangan buat penyokong JDT kerana pasukan itu pasti ada beberapa pemain untuk dijadikan ‘backup’ plan.

Malah, ada juga beranggapan pemain dibarisi skuad Piala Presiden JDT juga mampu untuk ‘meratah’ anak-anak buah Dollah Salleh.

Screenshot 2022-10-07 at 11.27.20 AM

JDT III muncul Piala Presiden. — Facebook/JDT

“Setakat Sri Pahang hantar budak Piala Presiden pun silap-silap boleh menang,” komen penyokong JDT, Saiful Omar.

“Pemain tempatan banyak lagi boleh turunkan. Boleh menang rasanya dengan pemain tempatan. Bukan harap dua orang itu saja,” tulis Syakirin Azhar Karimus Khalid.

“Masih sukar digugat. Penyerang tempatan JDT ramai yang berbisa. Tak perlu harapkan import sangat,” tulis Adam Arfan Jr.

Untuk rekod, pemain Johor Darul Takzim III (JDT III) berjaya menjulang Piala Presiden apabila menumbangkan Sri Pahang FC 2-0 pada aksi final kedua di Stadium Temerloh, Ogos lalu.

Manakala bagi rekod Sri Pahang menentang JDT bagi saingan Liga Super pula, pada Mei lalu skuad Harimau Selatan ketika itu dibimbing Benjamin Mora berjaya melakar keputusan seri 2-2 dengan skuad Tok Gajah dibawah kendalian Christophe Gamel di Stadium Sultan Ibrahim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram