Bermain di laman Terengganu, 2 pemain jadi sandaran The Rhinos


  • Podium
  • Jumaat, 30 Sep 2022

Sabah FC pada ketika ini berada di kedudukan kedua dengan 36 mata.  — Facebook/SabahFC

PEREBUTAN slot ke Piala AFC 2023 bakal menjadi alasan terkuat buat Terengganu FC (TFC) dan Sabah FC memberikan persembahan terbaik dalam aksi Liga Super yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zianal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada Sabtu.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada Julai lalu, yang menyaksikan TFC tewas 1-2 di tangan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee.

Walaupun bermain sebagai pasukan pelawat, skuad The Rhinos pasti akan bermain bersungguh-sungguh untuk memenangi aksi itu kerana keinginan ke kejohanan AFC dan bagi mempertahankan kedudukan kedua dalam Liga.

Malah, pemilihan pemain bagi kesebelasan utama juga perlu dilakukan dengan teliti oleh Kim Swee bagi mengelakkan pasukannya mengalami keciciran mata ketika menentang TFC.

Bagi penyokong Sabah FC, Fitri Saminin, terdapat dua pemain yang perlu diturunkan oleh Sabah FC bagi memberikan permainan yang seimbang kepada TFC.

sabah fc

Saddil (tiga dari kiri) menjadi antara pemain harapan Sabah FC. — Facebook/SabahFC

“Bermain di tempat lawan, kalau kita tengok rekod perlawanan Sabah FC dalam lima perlawanan terakhir liga dua menang, dua seri, satu kalah. Manakala Terengganu FC dalam lima game terakhir liga lima menang, kosong seri dan kosong kalah.

“Jelas di sini Sabah FC tidak konsisten mungkin disebabkan faktor pemain utama cedera atau pun keletihan pemain-pemain utama lain.

Key player Sabah FC mesti ada dalam kesebelasan utama nanti. Saddil dan Gary Steven Robert mesti ada untuk mengimbangkan serangan dan pertahanan. Tengok saja perlawanan lawan Selangor FC hari itu pun boleh tahu sudah apa punca Sabah FC kalah,” tulisnya.

Baginya kehadiran Saddil Ramdani pasti akan membantu Sabah FC dalam melakukan serangan ke atas kubu lawan, manakala tonggak tengah pertahanan Gary Steven akan menjadi benteng kukuh buat The Rhinos.

Sabah FC pada ketika ini berada di kedudukan kedua dengan 36 mata di belakang Johor Darul Takzim yang unggul menerusi 43 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram