JAWAPAN ‘ya' yang diberikan oleh pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menerusi laman Twitter milik baginda membuatkan ramai penyokong bola sepak tanah air teruja mengenai penglibatan skuad Harimau Selatan bersama konsol permainan bola sepak EA Sports FIFA.
Perkara itu bermula apabila Tunku Ismail berkongsi gambar di laman Twitter milik baginda dan mengucapkan penghargaan kepada Gamesbond (GB) iaitu salah satu syarikat yang menjadi agensi pemasaran rasmi EA Sport untuk menaikkan komuniti FIFA di rantau Asia Tenggara.
Menerusi ciapan di Twitter, TMJ dilihat sedang bermain FIFA 23 dan Tunku Ismail turut menjawab ‘ya’ selepas ditanya oleh pengguna Twitter lain mengenai penglibatan JDT dalam permainan sukan antarabangsa tersebut.
Tangkap layar TMJ mengucapkan penghargaan kepada GB. — Twitter/TMJ
Jika benar apa yang diutarakan TMJ itu, JDT akan menjadi pasukan pertama dari Malaysia disenaraikan dalam permainan sukan antarabangsa tersebut.
Bagaimanapun, muncul seorang pengguna Twitter, Fakta Bukan Auta menyangkal dakwaan bahawa skuad Harimau Selatan merupakan pasukan pertama Malaysia bekerjasama bersama FIFA.
“Tahukah anda bila sebut pasal pasukan pertama dari Malaysia disenaraikan dalam konsol game FIFA, pasukan Perlis yang tak bayar gaji itu pun pernah masuk FIFA 97. Masa ini JDT belum lahir lagi,” tulis pengguna Twitter itu.
Pasukan Liga Malaysia yang tersenarai dalam FIFA97. — Twitter/Fakta Bukan Auta
“Itulah pasal..Aku ingat lagi dulu main game FIFA di komputer ada sahaja Liga Malaysia,” sokong Irfan Sukri.
“FIFA 96 pun ada pasukan Liga Malaysia. Masa itu main di konsol Sega Mega Drive 16bit,” komen Nik Syafiq.
Berdasarkan tinjauan Majoriti di laman fifa.fandom.com terdapat 16 pasukan Liga Malaysia yang tersenarai dalam FIFA 97.
Perkara itu ciapan yang dikatakan oleh pengguna Twitter itu bukanlah auta semata-mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram