Faisal Halim mahu pulang kerana belum tunai janji?


  • Podium
  • Selasa, 20 Sep 2022

Faisal atau nama glamournya Mickey sudah berjaya mendapatkan tujuh gol peribadi dalam semua pertandingan musim ini.

BARU-BARU ini, hangat diperkatakan di media sosial bahawa pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim akan menyertai pasukan lamanya, Sri Pahang FC untuk menajamkan semula barisan serangan Tok Gajah.

Pemain itu sememangnya tidak asing dalam kalangan penyokong Tok Gajah apabila dia pernah beraksi bersama Pahang FA serta berjaya menjulang trofi Piala FA 2018.

Oleh itu, kehadirannya bersama Sri Pahang FC pastinya dialu-alukan apabila ia dilihat dapat membantu dari segi prestasi memandangkan Pahang kini di tangga ketujuh carta dengan 21 mata berbanding Terengganu yang kini di tangga keempat dengan 32 mata.

Seorang penyokong Sri Pahang FC, Mohamad Ridzal berpendapat, jika Faisal kembali semula ke skuad Tok Gajah, dia mungkin mahu melunaskan sesuatu bersama pasukan itu.

"Aku rasa dia ada benda belum settle kat Pahang... dia ada janji nak bawa piala ke Pahang sebelum dia blah pun belum dapat.

"Cantik ni (jika Faisal kembali ke Pahang)," katanya.

Tambahnya, gandingan Faisal dan pemain import Sri Pahang, Manuel Hidalgo di bahagian sayap mampu menghasilkan sesuatu yang menarik buat skuad kendalian Datuk Dollah Salleh itu.

"Hidalgo kanan, dia (Faisal) kiri. Bukit Jalil laa kita 2023 (beraksi sehingga ke pentas final)," katanya.

Untuk rekod, Faisal atau nama glamornya Mickey sudah berjaya mendapatkan tujuh gol peribadi dalam semua pertandingan musim ini.

Anak jati Kampung Mengkuang Titi, Kubang Semang, Pulau Pinang itu juga berada dalam perancangan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelang aksi Piala Raja Thailand (King's Cup) yang akan membuka tirainya pada 22 September. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram