Respek! Tak bayar gaji tapi pemain MUFC mampu ikat team AFC, pengurusan Melaka patut malu


  • Podium
  • Jumaat, 16 Sep 2022

Hanya bintang Nigeria, Ifedayo pemain import yang diturunkan pada perlawanan menentang KL City. — Facebook MUFC

MESKIPUN masalah gaji masih melanda Melaka United FC (MUFC) namun ia tidak menjadi alasan buat pemain skuad Hang Tuah untuk beraksi longlai pada perlawanan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada Khamis.

Seperti yang dipamerkan penjaga gol skuad Hang Tuah, Norazlan Razali, isu gaji tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus membantu MUFC mengikat pasukan Warga Kota 0-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka.

Ketangkasan bekas penjaga gawang kebangsaan itu ternyata mengecewakan skuad Warga Kota apabila terpaksa berpuas hati membawa pulang satu mata setelah terikat tanpa jaringan.

Berikutan masalah gaji itu juga, Melaka terpaksa bermain tanpa pemain import seperti Emmanuel Oti, Justin Baas, Adriano Narcizo dan kapten, Sony Norde dan hanya mampu meletakkan Faris Shah di barisan hadapan bergandingan dengan Ifedayo Olusegun.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 1.15.30 PM

Antara aksi perlawanan MUFC menentang KL City pada Khamis. — Facebook MUFC

Berjaya mengikat satu-satunya wakil Malaysia ke final antara zon, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu, membuatkan penyokong Hang Tuah berasa pengurusan MUFC patut malu memperlakukan pemain sebegitu rupa.

“Walaupun rata-rata pemain tidak menerima gaji, punya teruk puak-puak pengurusan ini. Punya bersungguh-sungguh pemain tunjukkan walaupun juga tidak sampai dalam kotak penalti terus tumpul okay seterusnya lawan Selangor," kata penyokong MUFC, Muhamad Odiyas Haji Onan.

“Kasihan pemain import dan pemain lain Melaka, disebabkan nak bayar gaji mahal Ifedayo,” tulis penyokong Hang Tuah, Ibnu Salaamah.

"Pihak pengurusan ini tak kasihan ke dekat pemain-pemain MUFC, mereka ini dah beri sehabis baik tapi macam tidak dihargai," tulis Rawilson.

Meskipun juara Piala Malaysia 2021 itu mengutip satu mata namun mereka masih kekal di tangga keenam liga dengan mengutip 26 mata manakala Melaka pula di tangga kesembilan dengan 18 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram