'Sembang gajah pun boleh terbang', penyokong MU kecewa janji palsu pihak pengurusan


  • Podium
  • Selasa, 23 Ogos 2022

Penyokong Melaka United kecewa dengan harapan dan janji-janji manis yang ditaburkan pihak pengurusan kepada mereka ketika ini. — Facebook/ Melaka United

BUKAN sahaja penyokong Selangor FC berasa ditipu oleh pihak pengurusan tetapi penyokong setia Melaka United juga tidak berpuas hati dengan prestasi dan pengurusan skuad Hang Tuah musim ini.

Prestasi pasukan Melaka United kelihatan tidak begitu konsisten dalam lima perlawanan terakhir Liga Super ataupun Piala FA dengan merekodkan satu kemenangan, dua seri dan selebihnya tewas.

Kekecewaan itu ditambah dengan kata-kata positif dalam hantaran Facebook di laman rasmi Melaka United Football Club yang mana seakan-akan meberikan harapan palsu buat penyokong Melaka United.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan pihak pengurusan Melaka United berbelanja sehingga RM20 juta bagi memperkuatkan setiap posisi pasukan mereka.

IMG_6237-1568x1046

Pihak pengurusan Melaka United berbelanja sehingga RM20 juta bagi memperkuatkan setiap posisi pasukan mereka. Facebook/MFL

Di ruangan komen media sosial Facebook, rata-rata penyokong Melaka United kecewa dengan harapan dan janji-janji manis yang ditaburkan pihak pengurusan kepada mereka ketika ini.

"Balik-balik yang itu kau harapkan, habis penyokong yang setia harapkan pada pasukan Melaka mana? Buang dalam tong sampah ke?" kata Shahrul Faezin.

"Janganlah selalu beri kami harapan palsu disaat-saat akhir, kami kecewa setiap kali benda boleh menang, kenapa seri dan kalah yang kau pinta," jelas Rashidi Bin Rahim Rashidi.

"Malas aku nak komen penat jari nak tulis-tulis, nanti balik-balik cerita yang sama juga pihak pengurusan punya sembang gajah pun boleh terbang," luah Suhaimi Abdul Majid.

"Bila nak buat perjumpaan dengan penyokong?" ujar Mohammad Shahril.

Melaka United berada di tangga kelapan selepas mengharungi 14 perlawanan Liga Super dan dibezakan dengan 21 mata di belakang pendahulu liga, Johor Darul Takzim (JDT). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Melaka United, Liga Super, MFL, Penyokong, Harapan