'Kuota 9 import bukan untuk JDT, tapi untungkan Selangor dan Terengganu'


  • Podium
  • Khamis, 21 Jul 2022

Jordi Amat merupakan pemain import baharu JDT pada musim ini. — Facebook JDT

PENGUMUMAN Malaysia Football League (MFL) mengenai pertambahan jumlah pemain import untuk setiap pasukan yang bertanding mengejutkan ramai peminat bola sepak Liga Malaysia (Liga M) sehingga ada yang berpendapat ia hanya menguntungkan sesetengah pihak.

Pada Rabu, MFL mengesahkan setiap pasukan dibenarkan mengambil 9 pemain import tetapi hanya 5 pemain import beraksi di atas padang manakala seorang lagi pemain berada di bangku simpanan mengikut peraturan AFC.

Susulan pengumuman itu, ada warganet timbul membuat spekulasi bahawa kuota sembilan import itu memberi manfaat kepada skuad Johor Darul Takzim (JDT) berikutan pasukan itu mempunyai kewangan yang kukuh.

Menyangkal dakwaan dari orang ramai, laman Facebook Jaguh Football Troll Story tampil memberi pendapat bahawa kuota itu bukan memihak kepada skuad Harimau Selatan sebaliknya pasukan lain.

Pengendali laman itu berpendapat, Selangor FC dan Terengganu FC merupakan pasukan yang menggunakan khidmat pemain import terbanyak dan bintang luar negara mereka juga sering diturunkan pada setiap perlawanan.

"Tahukah anda, ramai yang pertikai kenapa import sampai sembilan orang. Mesti orang kaitkan JDT. Peratus penggunaan paling ramai pemain import Terengganu dan Selangor. Kalau kita lihat Selangor ada sembilan import dan tiap-tiap pemain import sering di turunkan.

"Jadi apa lagi yang geng Selangor nak memekak? Pakai dana kerajaan kan. Jadi apa nak risaukan, rasa tak mampu guna sajalah anak jati itu," katanya.

caion

Caion merupakan pemain import Selangor yang beraksi dengan cukup cemerlang. — Facebook Selangor FC

Bersetuju dengan pendapat itu, pengguna Twitter Juan Budiman menyatakan pada musim 2022 ini, pasukan Gergasi Merah dan skuad Penyu masing-masing mempunyai lapan import manakala JDT hanya menurunkan seramai tujuh orang pemain luar sahaja.

"Peratusan minit permainan tenaga import juga beri kelebihan kepada Terengganu dan Selangor di sepanjang 10 perlawanan MSL22 (Liga Super Malaysia 2022) berbanding JDT.

"Import utilisation: Terengganu = 93.87%, Selangor = 92.16%, JDT = 76.2%. Adakah dengan ini bermaksud MFL=TFL/SFL?," katanya.

Berdasarkan laman Transfermarket, Safuwan Baharudin, Yazan Al-Arab, Baha Abdel Rahman, Caion, Hyuri, Kelvin Kyei, Hein Htet Aung dan Alex Agyarkwa merupakan antara pemain import Selangor FC.

Malah, ada juga penyokong bola sepak tempatan yang menyatakan kerisauan berkenaan dengan itu terutamanya kesan terhadap pemain tempatan seperti kekurangan minit permainan.

Bagaimanapun, MFL turut memberitahu penggunaan pemain import tidak diwajibkan dan bergantung kepada kesesuaian dan percaturan pasukan masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram