5 serangkai impian pertama penyokong The Bos Gaurus buat pemilik baharu


  • Podium
  • Khamis, 05 Mei 2022

Majlis penyerahan pasukan kepada pemilik baru difahamkan berlangsung pada 29 April 2022 di Menara XOX.

PADA Jumaat lalu, Perak FC akhirnya berjaya keluar daripada kemelut kewangan yang dihadapi mereka setelah syarikat rangkaian telekomunikasi, XOX Berhad, sah menjadi pemilik baharu pasukan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, urusan pengambilalihan kelab Liga Premier itu dicapai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perak FC dan XOX.

Besar harapan penyokong tegar pasukan The Bos Gaurus itu terhadap pemilik baharu Perak FC dan antara impian mereka adalah agar mengembalikan bekas pemain dari skuad generasi emas bola sepak Perak.

Kelab peminat Perak FC, Silver Retro dalam hantarannya mengutarakan impian seluruh penyokong Perak FC iaitu ingin melihat pemain seperti Indra Putra Mahayuddin, Wan Zack Haikal Wan Noor, Syahmin Yahya, Hafiz Ramdan dan penjaga gol berpengalaman Zamir Selamat untuk beraksi dalam skuad itu.

bola perak

Barisan pemain yang ditunggu-tunggu penyokong Perak FC.

Kegagalan Perak FC dalam melunaskan tunggakan gaji pemain import pada musim lepas menyebabkan kesemua pemain itu masih dalam senarai menunggu untuk didaftarkan secara sah.

"Peminat dan penyokong pasukan bola sepak Perak FC berharap kehadiran pemilik baharu kelab itu dapat merealisasikan impian mahu melihat kembali sentuhan bekas pemain dari skuad generasi emas bola sepak Perak yang menjadi antara satu-satunya pemain sezaman itu kekal bermain, malah pasukan terkini disertainya adalah pasukan yang sama iaitu Indra Putra Mahayuddin.

"Kegagalan pengurusan Perak FC melunaskan tunggakan gaji pemain import musim lepas sehingga tidak boleh mendaftarkan mereka berikutan registration embargo daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mengakibatkan jurulatih Yusri Che Lah mengalami kesulitan dalam menyediakan pasukan.

"Namun Perak FC dibawah kendalian Yusri dilihat kental berjuang dan sempat juga menewaskan gergasi 'Red Giant' Selangor dan Kijang Rangers dalam saingan Piala FA," ujar hantaran itu.

Media sebelum ini melaporkan dengan adanya pemilik baharu, Perak FC boleh terus bersaing dalam Liga-M tanpa sebarang halangan.

Namun, denda pemotongan enam mata yang dikenakan ke atas Perak FC pada 14 April lalu tetap kekal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram