Insiden langgar lembu di lebuh raya, penternak atau pemandu kenderaan patut dipersalahkan?


Tindakan sewajarnya yang boleh diambil bagi membuatkan penternak dikawasan berekatan laluan sibuk seperti lebuhraya lebih bertanggungjawab.

"SAMPAI bila," itu persoalan yang diajukan pengguna sosial media berhubung kes langgar lembu yang kerap berlaku dalam kalangan pengguna kenderaan terutama di lebuh raya.

Satu hantaran video kompilasi kemalangan melibatkan haiwan ternakan oleh IRDK Respond Team menarik minat warganet yang rata-ratanya menyatakan punca bagi permasalahan tersebut adalah sikap penternak yang tidak bertanggungjawab.

Mereka turut mengutarakan persoalan, sampai bila pengguna jalan raya atau lebuh raya perlu berhadapan dengan bahaya seumpama ini.

Malahan, mereka juga mengharapkan tindakan sewajarnya diambil bagi membuatkan penternak di kawasan berdekatan laluan sibuk seperti lebuh raya lebih bertanggungjawab.

Perkara itu turut diharapkan oleh seorang pengguna Facebook, Noriza Mohamed Noor Noriza yang turut melihat kemalangan melibatkan haiwan ternakan merupakan salah penternak yang sambil lewa.

"Sampai bila? Adakah sehingga penternak cerdik dan tidak jahil ilmu serta adab hukum sebagai seorang pemelihara?

"Semoga pihak berkuasa lebih telus, cepat bertindak, dan kenakan hukuman yang tegas terhadap penternak sebegini," katanya.

langgar lembu 1

Sementara itu, Mohd Suhaizi pula mengharapkan pihak menteri dapat menggubal satu undang-undang buat penternak dan haiwan ternakan mereka.

"Harap menteri gubal undang-undang, seperti letak tag ke kat telinga lembu supaya senang cari tuan dia.

"Harta benda, nyawa melayang bila kemalangan belaku," ujarnya.

langgar lembu 2

Dalam pada itu, Rhynaz Cheamong berkongsi pengalaman pernah mengalami kemalangan melanggar lembu yang menyebabkan dia trauma jika ternampak haiwan ternakan itu di jalan raya.

"Saya juga pernah alami perkara sama, sampai sekarang, kalau bawa kereta, nampak lembu dari jauh macam mahu berhenti, tunggu smpai lembu itu pergi jauh--jauh.

"Semasa insiden itu berlaku, saya sedang hamil," komennya.

langgar lembu 3

Tambahnya lagi, dia menyarankan kepada siapa yang mahu menternak lembu, sila jangan menyusahkan orang lain.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram