MAHKAMAH Tinggi Johor Bahru, Johor pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas seorang kerani selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada lima tahun lepas.
Malah, Sam Ke Ting, 27 juga kehilangan kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh dipenjara dan sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dipenjara enam bulan.
Walaupun hukuman itu membawa khabar gembira kepada keluarga mangsa namun ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati dan pengguna media sosial berpendapat ibu bapa remaja yang maut itu perlu dihukum atas kecuaian mereka juga.
Antara pendapat warganet berhubung tragedi basikal lajak.
Pengguna Facebook, Faiz Mutalib tidak menafikan wanita yang bekerja sebagai jurujual itu bersalah namun menurutnya ibu bapa remaja juga perlu dihukum kerana membiarkan anak-anak bawah umur berkeliaran pada waktu malam.
"Ya faham...sedih bagi pihak ibu bapa tersebut. Tetapi perlu ada hukuman undang-undang juga bagi pendapat saya kerana kecuaian dari pihak ibu bapa telah mengorbankan nyawa anak mereka dan membawa kecelakaan kepada pengguna jalan raya," katanya.
"Ini tidak adil, kecuaian ibu bapa, tapi orang lain yang bersalah. Ini tidak adil. Semua ibu bapa atau penjaga budak-budak itu wajar dipenjara !!! Semua ini berpunca dari tidak didik anak dengan tegas. Sebab itu anak berani berada di luar rumah pada masa yang tak sepatutnya dan buat aktiviti haram," kata MissLadies GFloor yang turut senada dengan Faiz Mutalib.
Bagi satu lagi pengguna, Syazwani Zukifli menyatakan pernah mengalami situasi yang sama iaitu berjumpa dengan remaja yang bermain basikal lajak pada waktu tengah malam tanpa pengawasan orang dewasa.
"Saya pernah kena... Kadang mereka sengaja provoke duduk tengah jalan tengah mlam. Bila hon, tidak boleh terima. Ibu bapa juga perlu main peranan selepas ini," komennya.
"Semoga dipermudahkan segala urusan Cik Sam Ke Ting. Saya seorang pemandu dan saya faham jika waktu malam kita sudah sehabis baik memandu akan tetapi ada tetamu yang tidak diundang menyebabkan kemalangan (samada haiwan ataupun manusia). Harap mendapat pengajaran kepada semua termasuk undang undang Malaysia," kata Mohd Syafiq Rosli.
"Tindakan yang setimpal juga kena ambil ke atas kecuian ibu bapa budak lajak iaitu menyebabkan anak berkeliaran hingga mengakibatkan terbunuh dan menyebabkan trauma pada si pemandu sebab terbunuh orang," kata Gan Wei Di.
Tragedi basikal lajak pada 2017.
Pada 2017, media melaporkan lapan remaja lelaki berbasikal maut kira-kira pada pukul 3 pagi di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram