NAMPAK megah tetapi masih banyak yang perlu ditambah baik, itu antara komen ramai pengguna Twitter yang memberi respons tentang kronologi kejadian cabul yang berlaku di Tamarind Square. Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian oleh @asymqw itu, lokasi kejadian di kompleks tersebut juga sangat sunyi, tambahan pula pencahayaannya teruk yang mana boleh mengundang perilaku jenayah.
@asymrw_ berkongsi ciapan rantaian di Twitter berkaitan kronologi kes cabul di Tamarind Square dan pengalaman dirinya sebagai saksi.
Perkara itu turut dikongsi pemilik akaun, @Haziqmswn yang mencadangkan golongan wanita terutamanya menggunakan parkir kereta di bahagian luar untuk lebih selamat.
"Tamarind Square sudah ada banyak tempat sunyi, pandai-pandai jaga diri.
"Kalau boleh lalu kawasan parkir yang terang di sebelah luar sahaja, biar susah janji selamat," tulisnya.
@Haziqmswn menasihatkan golongan wanita supaya menggunakan parkir di kawasan luar bangunan.
Selain itu, @cinderlinde pula meninggalkan komen bahawa Tamarind Square hanya gah pada mata tetapi keadaan di sana tidak seindah rupa.
"Tiada papan tanda, peta, dan gelap, pada pandangan nampak megah tetapi hanya dibeberapa tempat.
"Untuk ke premis tertentu macam orang gila jalan satu bangunan," katanya.
@cibderlinde menyatakan bahawa Tamarind Square tidak seindah rupa.
Pemilik akaun, @faz_baek berdepan situasi sama yang mana dia keliru dan merasa tidak selamat dengan kawasan parkir di Tamarind Square.
"Saya pernah pergi Tamarind Square., parkir kawasan itu sangat mengelirukan dan saya terpaksa lalu kawasan gelap untuk akses ke lif.
"Kemudian saya terus masuk kereta semula sebab rasa tak selamat langsung," kongsinya.
@faz_baek berkongsi dia merasa tidak selamat semasa parkir kereta di bawah tanah Tamarind Square.
@derrygirlorla berpendapat ada lebih daripada seorang pelaku bagi kes cabul di Tamarind Square.
Sementara itu, pemilik akaun @derrygirlorla turut menasihatkan supaya orang ramai terutama golongan wanita kekal berhati-hati kerana kemungkinan pelaku (kes cabul) ada lebih daripada seorang.
"Sila berjaga-jaga, berdasarkan komen dalam status rantaian (thread) orang lain, ada yang sasarkan ibu dengan bayi.
"Ada lebih dari seorang pelaku gangguan seksual," ujarnya.
Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, penghantar makanan berusia 20 tahun ditahan petang Rabu kerana disyaki meraba dua wanita di Cyberjaya.
Suspek dikenal pasti daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan berdasarkan penerangan yang diberikan oleh mangsa.
“Rakaman itu menunjukkan suspek tiba di Tamarind Square dengan menaiki motosikal beberapa minit sebelum serangan pertama,” katanya.
Kedua-dua wanita itu diraba di Tamarind Square di Cyberjaya pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram