Ramai persoal, antara hukuman gantung Yasin Sulaiman dan anak VIP terlepas


  • Hiburan
  • Sabtu, 02 Apr 2022

YASIN dihadapkan ke mahkamah serta berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

SEJAK penangkapan penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman ekoran dakwaan yang dia menanam pokok ganja, ramai yang mula menyebut satu lagi kes serupa tetapi melibatkan anak kepada individu kenamaan (VIP) tidak lama dahulu.

Ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati apabila Yasin bakal dihadapkan hukuman gantung tetapi seorang anak VIP terlepas hukuman walaupun menanam 50 pokok ganja.

Untitled

TANGKAP layar sebahagian daripada komen yang ditinggal netizen berkaitan kes Yasin. — Facebook

Seorang pengguna Facebook, Feqah Zaini berkata, ada sebab mengapa ramai tidak berpuas hati bila Yasin dikenakan tindakan atas kesalahannya.

"Yang membuatkan ramai kurang puas hati bukan sebab Yasin kena tahan, tapi ketidak adilan pihak berkuasa. Orang biasa tanam kena tangkap, tapi orang ada nama boleh lepas pula," dakwanya.

"Yasin gunakan marijuana unutk rawatan. Bukan mengedar. Nampak berat sebelah sangat undang-undang kita. Anak VIP terlepas begitu saja. Anak Mat Sabu pun sama," dakwa Harun Dato Mahfis.

Hashim Hj Salleh pula mendakwa, jika Yasin dihukum, maka kes yang sama sepertinya melibatkan anak VIP juga perlu dibuka kembali.

Setuju dengan perkara tersebut ialah Nor Ahmad yang beranggapan bahawa salah tetap salah tanpa mengira anak sesiapa pun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram