PERAK FC yang sebelum ini berdepan dengan masalah kewangan nampaknya sudah menemukan sinar di hujung terowong apabila terdapat pihak yang berminat untuk mengambil alih pasukan itu dalam masa terdekat.
Malah, surat tunjuk minat (LOI) secara rasmi juga telah diberikan pada Isnin, namun Perak FC enggan mendedahkan siapa sebenarnya yang mengambil alih pasukan itu.
Perkara itu masih menjadi tanda tanya kerana peminat juga sebenarnya ingin tahu siapa yang bakal menguruskan Perak FC terutamanya kemampuan pemilik baharu itu dari segi kewangan.
Berkongsi pendapat yang sama, seorang pengguna media sosial, Zuraimi Zukri berkata, apa yang terjadi melibatkan Perak FC sebenarnya adalah masalah tipikal dan budaya bola sepak tempatan.
"Satu entiti yang akan mengambil alih pasukan tapi mereka tiada duit. Biasanya belakangnya ada funder. Soalannya kenapa funder tu tak terlibat secara terus? Kan lebih senang.
"Senang untuk difahami. Funder tersebut sebenarnya lebih berminat kepada benda lain. Benda itu adalah duit.
"Nampak? Funder itu sendiri tiada duit tetapi dia ada connection untuk dapat duit. Dari mana? Biasanya dari sumber orang politik," dakwanya.
Dakwa Zuraimi, apabila duit tersebut berjaya dikeluarkan maka mereka pun bagi tetapi mereka akan mengambil bahagian mereka dulu.
Jelasnya, jika tidak berjaya dapat duit dari sumber tersebut, maka timbullah kes kena tipu.
"Kenapa dia tak dedahkan siapa funder tersebut? Mereka berkawan dan mereka tahu aktiviti mereka dari awal lagi.
"Bola tu tools sahaja kot. Tapi aku tak cakap kes Perak, cuma kes tersebut mirip dengan benda yang pernah nampak sebelumnya. Ya, ia berakhir dengan kegagalan dapatkan duit dari sumber politik.
"Entiti perantaraan dengan pasukan bola sepak hanya boleh jawab sudah kena tipu. Itu sahaja.
"Kes 15% dari RM400,000 TMJ. Kita tak tahu jawapan tepatnya tapi kita percaya setiap perbuatan mereka mahukan komisyen. Kerana itu budaya kita.
"Merujuk situasi di atas, kita faham kenapa orang cukup berminat dengan bola sepak. Dia boleh jadi tools buat duit dalam bentuk komisyen," dakwanya lagi.
Tambah Zuraimi, funder tidak dapat keluarkan duit daripada sumber yang mereka sasarkan berkemungkinan kerana orang politik itu juga mempunyai masalah dengan kepala politik yang mereka sasarkan.
"Nampak? Bertingkat-tingkat komisyennya. Belakang tabir bola sepak ni sebenarnya cukup rumit daripada kita bayangkan," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram