Pemilik 'PhD' hina peniaga lampu isyarat hanya minta simpati


PENIAGA lampu isyarat disifatkan sebagai golongan yang boleh berjaya kerana tiada rasa malu untuk maju dalam hidup. — Sinar Harian

PADANGAN seorang pengguna Facebook, Tengku Halim berkaitan peniaga di persimpangan lampu isyarat mendapat kritkan hebat warganet yang menyifatkan ia sebagai memperlekehkan usaha orang lain untuk mencari rezeki yang halal.

Mendakwa dirinya memiliki ijazah doktor falsafah (PhD), Tengku Halim menulis dalam grup Info Semasa Kubang Kerian (ISKK) bahawa peniaga di persimpangan lampu isyarat sebenarnya hanya meraih simpati.

"Saya mahu kongsi pendapat saya yang ada PhD, sebenanya yang berniaga di lampu isyarat tengah-tengah panas itu lebih kepada meraih simpati.

"Mereka bukan mahu berniaga sangat, orang lain boleh sahaja berniaga di tepi jalan, tiada masalah," kongsinya.

trafficlight 4

TENGKU Halim berpendapat peniaga di lampu isyarat hanya lebih kepada meraih simpati. — Facebook

Pandangan itu tidak dipersetujui orang ramai yang turut berpendapat lebih baik mereka melakukan kerja sedemikain daripada terlibat dalam jenayah atau langsung tidak bekerja.

Seorang pemilik akaun, Shae Ibrahim, mengkritik pandangan itu dan berpendapat bahawa pandangan Tengku Halim seolah memperlekeh usaha mereka mencari rezeki.

"Budak-budak cari rezeki halal orang perlekehkan pula, mereka ini adalah orang yang akan berjaya kerana tidak ada rasa malu untuk maju," katanya

trafficlight 1

Sementara itu, Raja Selekeh pula berkongsi bahawa bukan semua bernasib baik dapat berniaga di tepi khas yang disediakan.

"Ada tempat khas berniaga pun sudah penuh, itu belum kira modal sedikit untuk bayar tapak sewa yang mahal.

"Mahu minta geran bantuan untuk anak muda berniaga juga susah," ujarnya.

trafficlight 2

trafficlight 3

Aisya Auleiya pula menulis dalam ruangan komen berpandangan yang kerja seumpama itu (berniaga di lampu isyarat) lebih baik daripada mereka meminta sedekah.

"Lebih baik berniaga seperti itu daripada tadah tangan sahaja (minta sedekah).

"Saya tiada masalah jika orang berniaga dengan cara sedemikian, tidak perlu susah mahu berhenti tepi jalan dan jualan mereka juga lebih murah serta sedap," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram