SEPERTI pasukan lain yang mempunyai slogan tersendiri, Sabah FC juga memiliki slogan 'Radu Tetap Radu' dalam kalangan skuadnya yang membawa maksud teruskan melawan pasukan lain demi lencana di dada.
'Radu Tetap Radu' melambangkan semangat perjuangan dalam loghat Sabah yang membawa maksud lawan dan terus lawan, itu menandakan semangat beraninya pemain Sabah FC untuk melawan setiap pasukan lain di atas padang.
Walaupun slogan ini disukai majoriti peminat Sabah FC, namun tidak kurang juga ada individu yang mempersoalkan slogan itu yang tidak membawa maksud apa-apa jika dilihat dengan prestasi semasa pasukan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.
"Janganlah Sabah FC guna itu slogan 'Radu Tetap Radu' radu apa selalu pun kena radu bikin sia* betul oh," kata pengguna Facebook, Pejuang Sabahan.
TANGKAP layar hantaran dari Pejuang Sabahan mengenai slogan Sabah FC
Luahan dari Pejuang Sabahan itu membawa pelbagai reaksi dari penyokong tegar Sabah FC, tambahan pula ada juga yang mengaitkan slogan itu kerana turut digunakan oleh salah satu parti politik di Sabah.
ANTARA komen dari warganet mengenai slogan Sabah FC itu.
"Slogan itu macam tiada erti perancangan strategi..main sembarang saja patutlah kalah saja," kata pengguna Facebook, James Lozitin.
"Ya betul juga, ini radu tatap radu tapi banyak seri dan kalah dari menang. Radu saja walau kalah bikin marah saja. Mahu cari slogan baru ini," komen Syameer Miqkhail.
"Setuju.'Radu tatap Radu' dicakap tapi macam pemain tiada kemahiran atau skil. Macam la kerbau mahu main," kata Tuni Sogit Sogit.
"Terfikir juga. Patut kena ubah. Sebab slogan ini digunakan oleh salah satu parti politik. Biarlah peminat bola Sabah rasa selesa menggunakan slogan pasukan Sabah," kata Azman Madris.
Namun, ada juga penyokong mempertahankan prestasi pemain Sabah FC yang belum sempurna ekoran baru beberapa permainan pramusim, selain masih lagi mencari keserasian.
Terdahulu, Sabah FC tewas di tangan Kelantan FC dalam saingan Piala Sabah Maju Jaya (Piala SMJ) yang menyaksikan Kedah Darul Aman FC muncul juara selepas menduduki tangga teratas daripada empat pasukan yang bertanding. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram