PARTI Muda baru-baru ini mengumumkan buat kali pertama akan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Susulan itu, Muda di bawah pengasas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuka saluran sumbangan derma dan permohonan sukarelawan di laman sesawang rasmi parti berkenaan pada Sabtu.
Ujar Syed Saddiq, setiap sumbangan akan banyak membantu mereka dalam pilihan raya tersebut.
Tambah beliau, setiap perbelanjaan Muda akan ditunjukkan secara terbuka.
Bagaimanapun, tindakan Muda itu mengundang kecaman segelintir warganet di media sosial.
ANTARA komen warganet di media sosial. — Twitter
Namun, seorang warganet di Twitter, @bumilangit memberikan pandangan berbeza berhubung perkara itu.
"Kalau tak ada duit, bagaimana nak kempen? Nak cetak poster? Nak bayar makanan sukarelawan? Lepas itu kita bising parti politik tak masuk kempen dekat kampung-kampung. Semua itu perlukan duit.
"Tak larat nak pakai duit sendiri," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.
Tambahnya, kerajaan seharusnya menyediakan alternatif kepada semua parti politik di negara ini.
"Kerajaan perlu beri peruntukan politik kepada parti-parti, sistem ini sudah berjalan di luar negara. Kita nak buat boleh, tapi kena menang di Parlimen dahulu. Nak menang Parlimen, kena kempen, nak kempen kena ada duit.
"Kitaran ini kejam tapi kita kena lawan. Duduk diam dan tak berubah.
"Cuba ubah dengan kemungkinan untuk gagal. Kita dah buktikan kita pernah berjaya berubah," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram