Bimbang makin ramai orang gila di Bintulu


RATA-RATA warganet mendakwa PBT di Bintulu gagal dalam menguruskan isu orang kurang siuman atau orang gila di bandar itu. — Facebook

VIDEO seorang lelaki seperti kurang siuman yang mengacu senjata tajam kepada seorang lelaki di luar bank CIMB cawangan Sentral, Bintulu, Sarawak mengundang reaksi ramai pihak di media sosial.

Video yang dipercayai dari aplikasi sosial Tiktok itu turut menjadi bualan hangat di Facebook selepas akaun Bintulu News Page berkongsi beberapa gambar dari video berkenaan.

Ramai di antara mereka mengecam pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa gagal dalam menguruskan isu orang kurang siuman atau orang gila di bandar itu.

Rata-rata mereka juga mengatakan situasi tersebut sering berlaku, sekali gus mengancam keselamatan orang awam.

Seorang pemilik akaun, Adam Robsen memberitahu, dia sudah kali menyuarakan tentang situasi orang gila di bandar Bintulu.

"Banyak kali dah cakap, mana pihak berkuasa? Adakah mahu dibiarkan sahaja sampai ada yang menjadi mangsa?

"Terus buat Operasi (Ops) Orang Gila, jangan tunggu tangkap sahaja terus," tulisnya.

cimb gila 1

Pemilik akaun Herman Bujal pula menyatakan pandangannya bahawa ketika ini di Bintulu sudah ramai orang gila yang datangnya entah dari mana.

cimb gila 2

Katanya, keadaan ini menimbulkan serba salah memandangkan orang awam tidak boleh berbuat apa-apa kepada mereka (orang gila) dan ia menjadi satu kesalahan.

"Kalau kita pukul orang gila nanti pihak berkuasa ambil tindakan pada kita tapi kalau mereka pukul kita atau cucuk kita pakai pisau dan orang tu dikenali sebagai orang gila, apakah dia akan diambil tindakan atau sebaliknya?

"Sekarang di Bintulu ramai orang gila, tidak tahu dari mana datang. Sepatutnya hantar mereka ke tempat yang sepatutnya," kongsinya.

Sementara itu, pengguna Facebook, Masing Dirang pula berharap pihak berkuasa ambil tindakan yang sepatutnya.

cimb gila 3

Tulisnya, jika ia tidak dibendung, orang awam terpaksa melakukan tindakan sendiri demi untuk keselamatan diri.

"Rancak betul pertambahan orang kurang siuman di Bintulu, pelbagai gaya ada, harap pihak berkuasa dapat bertindak pantas.

"Jika berlarutan, orang ramai terpaksa buat tindakan sendiri untuk keselamatan diri, kutip saja mereka yang mengganggu ketenteraman awam," sarannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

cimb, orang gila, bintulu, pisau, keselamatan