'Kenapa sekarang baru nak buat badan siasatan?'


PENYOKONG juga musykil adakah badan tersebut akan menjalankan tugas secara telus. — The Star

RATA-RATA penyokong bola sepak mempersoalkan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung penubuhan Badan Siasatan Bebas Ketuai Bedah Siasat Laporan Prestasi Harimau Malaya Di Piala Suzuki AFF 2020.

Menurut FAM dalam hantaran di laman sosial Facebook, organisasi itu dianggotai individu-individu di luar persatuan bagi mengetuai bedah siasat laporan prestasi pasukan kebangsaan di Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, pada Disember 2021.

Sehubungan itu, FAM melantik bekas pemain kebangsaan yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan, untuk mengetuai badan siasatan bebas berkenaan.

Meninggalkan komen di hantaran tersebut, penubuhan organisasi itu disifatkan penyokong sebagai agak lewat dan ada di antara mereka musykil adakah badan tersebut akan menjalankan tugas secara telus.

Seorang pengguna Facebook, Yamin Aswat mempunyai pandangan yang sama dan mempersoalkan kenapa sekarang FAM baru menubuhkan badan berkenaan.

"Akan ditubuhkan atau sudah ditubuhkan sebelum ni? Lewat betul. Negara lain sudah adakan perlawanan persahabatan untuk FIFA Januari hingga Februari, FAM baru nak bedah hari ini ke?

"Jurulatih Singapore juga sudah lama letak jawatan. Tan Cheng Hoe sudah seminggu letak jawatan. FAM buat apa lepas habis kejohanan Piala AFF sampai sekarang? Kita bukan masuk pusingan akhir, dalam kumpulan juga tidak lepas. Kata semalam pendedahan hasil post mortem.

"Nampak gaya, macam panjang lagi bedah siasat ni. Jemput la sekali wakil dari UM07 bedah sekali," tulisnya.

FAM komen 2

Sementara itu, seorang pengguna Facebook lain, Muhd Sufiyan Nur Noorzali pula berpendapat bahawa penubuhan badan siasatan ini seolah-olah tidak telus kerana ia diantik sendiri oleh Presiden FAM.

"Hasil bedah siasat akan diserahkan kepada tuan presiden yang melantik badan penyiasat. Setelah itu kertas siasatan akan disiat-siat masuk ke dalam tong sampah dan laporan siasatan dilaporkan hilang.

"Sebuah badan penyiasat akan ditubuhkan bagi mencari laporan siasatan yang hilang," katanya.

fam komen 1

Dalam pada itu, pemilik akuan Faisal Giggs pula mencadangkan supaya semasa siasatan dijalankan, semua ahli FAM wajib direhatkan sementara dan wujudkan jawatankuasa sementara.

FAM komen 3

Katanya, tidak guna adakan siasatan jika kepimpinan sentiasa memerhati setiap input yang diperoleh badan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram