'Gimik' Syed Saddiq boleh jadi punca sebar penyakit


GAMBAR Syed Saddiq yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga mengundang kecaman warganet. — Twitter

TINDAKAN Ahli Parlimen Dewan Undangan Negeri (DUN) Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang makan di restoran tanpa membersihkan diri terlebih dahulu selepas membantu membersihkan kawasan banjir baru-baru ini, dikecam oleh warganet.

Menurut seorang pengguna Twitter, @ayeitsdharsh, tindakan Syed Saddiq itu adalah tidak wajar kerana mereka yang berada di kawasan banjir boleh terdedah kepada penyakit bawaan tanah dan air dikenali sebagai Melioidosis.

"Melioidosis atau dipanggil penyakit Whitmore adalah benar. Lebih baik bersihkan diri anda sebaik mungkin sebelum memasuki kawasan awam terutamanya kedai makan.

"Gimik atau tidak, ini adalah sesuatu yang salah, saya harap Syed Saddiq boleh mengambil perkara ini secara serius," kata pengguna Twitter tersebut.

Screenshot 2021-12-28 130305

ANTARA komen warganet di ciapan berkenaan. — Twitter

Berdasarkan pembacaan penulis, penyakit tersebut disebabkan oleh jangkitan bakteria Burkholderia pseudomallei yang hidup melata di tanah serta mampu menjangkiti manusia dan haiwan.

Bakteria itu boleh didapati di tanah dan air yang tercemar terutamanya selepas hujan atau banjir.

Penyakit tersebut merupakan endemik di negara yang beriklim tropika serta tersebar luas di negara Asia Tenggara.

Penyakit itu boleh tersebar kepada manusia melalui sentuhan langsung dengan tanah dan air melalui luka, menyedut debu atau titisan air yang tercemar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram