DRAMA politik yang memualkan.
Itu luahan seorang pengguna Facebook, Mona Din berkenaan dengan isu kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke lokasi banjir di Hulu Langat, Selangor.
Mona mendakwa, dia pada mulanya telah menerima mesej berkaitan dengan aktiviti gotong royong besar-besaran akan dilakukan sehari sebelum kehadiran Ismail Sabri pada Ahad.
Namun, dia memilih untuk tidak percaya kerana baginya, jika Perdana Menteri mahu turun, rakyat sepatutnya menunjukkan situasi sebenar yang berlaku.
Namun pada malam Sabtu, dia dimaklumkan yang kerahan tenaga telah dilakukan dan ramai yang turun untuk melakukan gotong royong.
"Bagai dijangka, pada Ahad, Perdana Menteri pun turun. Bila VVIP turun, dalam dah tentu ditutup untuk rombongan kenamaan yang berangkai.
"Rakyat kenalah tunggu dan jalan sudah semestinya sesak," katanya.
Dakwa Mona lagi, kereta penduduk pun diangkat dan dipindah tanpa pemberitahuan semata-mata untuk melapangkan jalan raya dan menujukkan kecemerlangan pihak-pihak tertentu dalam membuat kerja.
TANGKAP layar luahan seorang rakyat berkenaan keadaan banjir di Hulu Langat. — Facebook
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Shafarizan Binti Ramly turut berkongsi kisah yang hampir sama.
Menurut Shafarizan, sepupunya yang tinggal di Hulu Langat pada mulanya mengadu yang sampah menimbun dek kerana tiada lori sampah.
"Bila orang besar datang sahaja, baru nampak semuanya. Betul-betul bekerja untuk orang besar sahaja. Ingat kerja untuk rakyat.
"Kisah dan budaya begini buat kami risau dengan masa depan anak-anak," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram