SUNGAI Langat berkeluasan 2,663 kilometer persegi yang melalui Klang, Selangor perlu 'dipotong' ke Tanjong Sepat, sebagai salah satu kaedah mitigasi banjir yang boleh diambil bagi menangani masalah bencana itu di Lembah Klang.
Pencerap bebas, MatGeo berkata, melalui cara itu, Sungai Klang yang meliku ke selatan di Puchong boleh disalur bersama ke Tanjung Sepat sekali gus mengurangkan risiko banjir apabila sistem terusan itu dilaksanakan.
TANGKAP layar hantaran MatGeo di Facebook pada Isnin.
Malah katanya, jika paras air laut naik hingga tiga meter pun, sudah ada pintu-pintu air keluar untuk membentengi aliran air berkenaan.
"Saliran sungai yang melalui Klang adalah Sungai Langat dan Sungai Klang. Apabila Sungai Semenyih dan tadahan seluruh Selangor sebelah selatan masuk ke Sungai Langat, ia menunjukkan Klang menanggung aliran tadahan seluas hampir 5,000 kilometer persegi.
"Ini menyamai hampir 3 kali ganda keluasan negeri Melaka. Solusinya ialah Sungai Langat perlu dipotong ke Tanjong Sepat," tulisnya di Facebook pada Isnin.
LAKARAN cadangan pintasan Sungai Langat dan Sungai Klang yang boleh dibuat untuk mengurangkan banjir. — Facebook
Seorang lagi pengguna Facebook, Ezreen Muhaizie Marzukhi berkata, projek pintasan sedemikian mampu mengurangkan kerugian yang perlu ditanggung yang nilainya mungkin mencecah puluhan malah ratusan juta setahun dek banjir yang tidak pernah selesai.
Dia bagaimanapun membuat dakwaan dengan mengatakan projek sedemikian sukar untuk dibuat kerana tidak menjana pendapatan kepada kerajaan seperti projek terowong SMART yang membawa masuk wang hasil kutipan tol.
TANGKAP layar komen Ezreen di hantaran status MatGeo. — Facebook
Dakwanya lagi, projek sebegitu tidak nampak gah secara fizikal kerana orang luar tak nampak sumbangan kerajaan.
"Sebab pintasan tu mungkin lalu celah-celah hutan. Jadi tiada apa nak diriakkan kepada rakyat dan orang luar.
"Pengambilan tanah orang-orang kampung tak ‘seuntung’ pengambilan tanah milik pembuat dasar yang ada di dalam Lembah Klang," dakwanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram