Banjir Selangor: Ragut tujuh nyawa, satu masih hilang


  • 112
  • Isnin, 20 Dis 2021

MANGSA maut tertinggi direkodkan sebanyak empat kematian di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. — The Star

BENCANA banjir di Selangor meragut tujuh nyawa dengan empat mayat ditemukan di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam manakala seorang lagi dilaporkan masih hilang setakat petang Isnin, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis.

Beliau berkata, satu mayat lelaki ditemukan pada Sabtu dan dua lagi mayat lelaki ditemukan semalam di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam.

"Ketiga-tiga mangsa ditemukan di dalam air banjir, manakala mayat seorang wanita dipercayai warga Indonesia, ditemukan di sebuah rumah di bahagian tingkat atas awal pagi semalam di taman tersebut,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi Bencana Bomba Seri Muda di Shah Alam pada Isnin.

Beliau berkata dua lagi mayat lelaki ditemukan di Dengkil pada Isnin dan seorang mayat pemandu lori lelaki ditemukan di Desa Coalfields, Kuala Selangor pada Ahad.

"Seorang lelaki berusia 31 tahun dilaporkan hilang di Sungai Pinang, Klang pada 12.30 tengah hari Ahad,” katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

banjir, selangor, mayat, taman sri muda, polis, dengkil