PENGGUNAAN tulisan Jawi dalam buku teks Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahap 1 adalah tidak relevan, kata seorang aktivis masyarakat, Mohd Fadhli Othman.
Membangkitkan perkara itu, Mohd Fadhli berkata, objektif utama dan paling utama adalah mesej serta nilai yang ingin dibumikan atau ditanam dalam diri murid-murid.
"Manakala tulisan Jawi boleh diterapkan dalam subjek Bahasa Melayu," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
t
TANGKAP layar hantaran di laman Facebook Mohd Fadhli.
Jelas Mohd Fadhli, jika difahami, tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab yang berasal dari tanah Arab.
"Tulisan Arab ini telah digunakan di Tanah Melayu dan dinamakan tulisan Jawi," katanya.
Bersetuju dengan saranan guru itu, seorang pengguna Facebook dalam komen di hantaran itu, SayurNara Kimchi berkata, subjek Pendidikan Islam lebih jelas, tepat dan mudah difahami dengan tulisan Rumi.
Tambahnya, subjek Bahasa Melayu juga perlu kekal dengan tulisan Rumi.
"Sebaiknya, tambah slot khas untuk subjek Jawi baik tulisan atau pembacaan. Baru mudah di peringkat rendah untuk anak-anak khususnya darjah 1," syornya.
TANGKAP layar komen netizen berhubung penggunaan bahasa Jawi pada suibjek Pendidikan Islam.
Turut berpendapat sama, Nawal N Nordin berkata, dia juga adalah antara guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah.
"Tajuk yang diajar menggunakan Bahasa Melayu (Rumi) adalah lebih mudah difahami oleh murid berbanding dengan penggunaan bahan dalam tulisan Jawi," katanya berkongsi pengalaman.
KEKESALAN seorang pengguna Facebook akibat kerumitan silibus tulisan Jawi pada subjek Pendidikan Islam.
Pada masa sama, Putri Nurizatulshira berkata, perkara paling utama dalam penggunaan Bahasa Melayu bagi Pendidikan Islam adalah proses pembelajaran subjek berkenaan.
Bukan sahaja otak orang dewasa, malah katanya, murid-murid yang baru diperkenalkan dengan sistem dan karakter tulisan Jawi didapati lambat untuk memproses maklumat.
Hal ini kerana mereka memerlukan proses transliterasi dari karakter Jawi kepada karakter Rumi terlebih dahulu.
"Semua proses jadi lambat. Nak baca lambat, nak faham lambat, nak ulang kaji lambat, nak rujuk lambat. Akhirnya pelajar fed-up (putus asa).
"Saya sangat kecewa apabila sudah tiada lagi buku rujukan Pendidikan Islam darjah 4, 5 dan 6 dalam Bahasa Melayu. Sukar untuk ibu bapa nak bantu anak-anak ulangkaji sebab kita pun tak tahu silibus terkini," luahnya kesal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram