Golongan T20 sukakan barangan percuma banding marhaen


BEBENANG dari Burhanplays itu menerima persetujuan dari warganet di Twitter dengan penerimaan sebanyak lebih 1339 retweet.
PERSEPSI golongan berpendapatan tinggi (T20) atau lebih dikenali sebagai golongan kayangan mengenai dakwaan mereka tidak akan mengambil barangan percuma seperti 'sarapan percuma' dikatakan tidak benar.

Perkara ini diutarakan oleh pengguna Twitter BurhanPlays yang mengatakan golongan berada yang paling suka benda percuma dan murah.

T20
Hantaran dari BurhanPlays


"Ini bukan tentang apa yang mereka dapat. Ia adalah rasa hak. Apabila anda kaya, anda rasa anda sentiasa layak mendapat lebih," tulis BurhanPlays.

BurhanPlays juga menambah di bebenang hantaran twitternya yang berbunyi golongan ini juga akan cuba membeli rumah kos rendah sama ada untuk perniagaan atau memberinya kepada keluarga.

"Biasiswa?. Mereka memberitahu anak-anak mereka bahawa mereka layak mendapatnya seperti anak-anak miskin kerana 'mereka juga bekerja kera'," kata BurhanPlays.

Bebenang dari Burhanplays itu mendapat sokongan dari warganet di Twitter dengan penerimaan sebanyak lebih 1,339 retweet.

KOMEN T20 2
Antara komen dari warganet di Twitter


"Orang kaya mendapat semua diskaun daripada kad kredit mereka dan hanya membayar 50% daripada apa yang orang lain akan bayar. Mereka juga mendapat hadiah percuma sepanjang masa dan tidak pernah berkata tidak kepada hadiah tersebut," komen dari Being_Me_Sara.

"Ini menjelaskan mengapa anak-anak orang kaya mengambil biasiswa MARA," komen dari shaik_ir.

Burhanplays akhiri bebenangnya dengan mengatakan parasit sesebuah negara ialah orang kaya yang tamak, bukan nya orang miskin.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

T20, Kaya, percuma, golongan kayangan