SELALU kita dengar golongan wanita yang tampil mengadu kena gangguan seksual oleh golongan lelaki, namun kali ini tular di laman media sosial Twitter seorang jurugambar lelaki meluah pengalamannya menghadapi gangguan seksual.
Melalui satu hantaran di laman Twitternya, Amirul Ruslam menceritakan detik dia diganggu oleh seorang wanita yang merupakan pengiring pengantin ketika dia bertugas mengambil gambar di sebuah masjis perkahwinan.
"Ada seorang bridesmaid (pengiring pengantin) minta saya ambilkan gambar pakai telefon dia, saya ambilkan. Bila saya nak pulangkan telefon, dia pegang tangan saya sampai ke siku," luah Amirul.
"Saya tepis cepat-cepat dan cakap sorry miss," tambahnya di hantaran Twitternya.
Wanita yang didakwa menganggu Amirul itu hanya menjawab bahawa dia memang sengaja berbuat demikian.
Amirul menegaskan situasi yang dilaluinya dikategorikan sebagai gangguan seksual walaupun ada segelintir yang mengatakan sebaliknya.
Ciapan Amirul menerusi laman Twitternya.
"Kalau saya nak cerita tragedi lain yang ada perempuan menggatal dengan saya masa job photo wedding, banyak je. Sampai ada bridemaid buat lawak lucah kepada saya pun ada," tambahnya.
"Bayangkan muka saya yang tak hensem (kacak) langsung umpama punggung kuali ni pun, ada perempuan gedik nak menggatal semasa kerja as wedding photographer (sebagai jurugambar perkahwinan). Apatah lagi jurugambar lelaki yang hensem di luar sana tu. Lagilah kena kacau," kata Amirul.
Antara komen warganet yang meluahkan rasa simpati terhadap Amirul.
Ciapan yang menerima lebih 4,600 retweet dan 7,000 likes itu menerima banyak komen yang memberi simpati kepada Amirul bahawa kini ramai lelaki yang menghadapi gangguan seksual.
"Maaf, saya feminis dan saya sedar bahawa ini adalah gangguan seksual. Tiada pengecualian," komen dari pengguna Twitter Aide_Crayden. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram