'Harga nuget seketul RM1.00, naya budak-budak sekolah'


SEORANG pelajar mengadu kepada bapanya tentang harga makanan yang dikenakan oleh pihak kantin sekolah. — Agensi

SETELAH hampir dua tahun pelajar menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akibat wabak Covid-19, mereka akhirnya kembali belajar secara fizikal di sekolah masing-masing sejak 1 November lalu.

Sudah pasti ramai yang gembira kerana dapat bertemu semula dengan rakan sekelas dan berinteraksi sesama mereka.

Namun bagi seorang pengguna Twitter, @JarrNadjmuddean, dia berasa tidak puas hati apabila anaknya mengadu pihak kantin sekolah mengenakan caj yang mahal ke atas makanan untuk para pelajar.

Lelaki berkenaan menyuarakan pendapatnya menerusi satu hantaran bebenang di Twitter pada Rabu (10 November).

"Harga makanan kat kantin sekolah siapa yang control? Anak aku bagitau, nasi lemak kosong keras macam batu RM2.00 dan nugget seketul RM1.00.

"Nugget RM1.00, aku tanya besar mana. standard nugget katanya, naya kat budak-budak sekolah.

IMG_2710

TANGKAP layar ciapan yang dibuat oleh @JarrNadjmuddean di laman Twitter.—Twitter

"Jauh betul beza dengan zaman kita dulu hal makanan kat kantin sekolah ni. Yelah, mungkin zaman tak sama barang dah naik harga apa semua.

"Tapi at least fikirlah masak tu nak bagi bebudak makan. Bukan semua datang sekolah tu bawak RM5.00 ke atas, yang bawak RM1.00 pun ada," tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Dia juga mahu pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini jika kantin sekolah mempunyai masalah dari segi bajet.

Tambahnya lagi makanan yang berkhasiat adalah penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

IMG_2713

TANGKAP layar respons warganet di Twitter.— Twitter

Dalam pada itu, beberapa warganet di Twitter turut memberi pendapat mereka berkenaan isu tersebut.

"Boleh buat aduan ke pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pengerusi akan beritahu ke pengetua/guru besar. Pengetua/guru besar akan selesaikan dengan pengusaha kantin, kalau tak ada perubahan boleh naik ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)," kata seorang pengguna Twitter, @mummyparain.

"Gila melampau gila. Kantin sekolah sepatutnya affordable, lebih murah daripada makanan kat luar. Portion patut sesuai bukannya budak-budak tu nak mentekedarah sampai membuntal," ujar seorang pengguna Twitter, @pjoe_. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram