'Kurier kura-kura jadi norma baharu'


PERKHIDMATAN kurier memudahkan penghantaran dokumen dan bungkusan barangan. — Gambar hiasan

PERKHIDMATAN syarikat kurier penting bagi memudahkan penghantaran dokumen dan bungkusan barangan tiba ke destinasi yang dituju.

Namun, tahap kecekapan syarikat perkhidmatan penghantaran yang agak perlahan membuatkan segelintir pihak di negara ini kesal.

Dr Saadan Man berkata, perkhidmatan kurier yang perlahan atau disifatkan seperti kura-kura itu seolah-olah menjadi norma baharu.

Pensyarah Kanan (Hukum Islam Semasa) Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) itu berkata, perkara itu sudah pasti menjejaskan secara teruk kepercayaan pengguna terhadap sistem dan syarikat-syarikat terbabit.

"Kali ni saya terkena dengan Poslaju. Hantar dari KL (Kuala Lumpur) ke Putrajaya saja, bukan ke Jupiter.

WhatsApp Image 2021-11-03 at 12.31.17 PM

Perkongsian Saadan Man berhubung kelewatan perkhidmatan kurier.

WhatsApp Image 2021-11-03 at 12.31.17 PM (1)

Satu lagi perkongsian Saadan Man berkaitan syarikat kurier di laman Facebook.

"Hantar dokumen nipis sahaja, bukan bungkusan berat berkilo. 27.10.21 pos, 1.11.2021 baru sampai. Lima hari. Sepatutnya hari berikutnya sahaja sampai kerana jarak yang sangat dekat.

"Jika dilihat pada tracking, 28.10.2021 tak bergerak, diperam entah di mana dan atas apa sebab pun tak tahu. Call asyik kena bercakap dgn mesin suara. Sampai bila masalah begini nak berakhir tak tahulah," katanya.

Saadan Man berkata, meskipun isu terbabit nampak kecil namun sebenarnya ia adalah isu asas, iatu mengkhianati kepercayaan pengguna dan cuai dalam menjalankan amanah.

"Tapi mereka akan selalu menang, kerana apa pilihan yang kita ada?

"Semua kurier sama. Tiada yang betul-betul trusted and professional," katanya.

Mengulas mengenai perkara itu, pengguna Facebook Bidin Yatim berkata, dia kerap menghantar buah mangga Harum Manis kepada pelanggan menggunakan perkhidmatan kurier dari Perlis.

Namun, katanya, buah yang dihantar ke Bangi, Selangor lebih cepat berbanding ke Baling, Kedah.

WhatsApp Image 2021-11-03 at 12.21.34 PM

Penjelasan pengguna Facebook berkaitan kelewatan bungkusan tiba ke destinasi.

"Sebabnya, semua parcel (bungkusan) yang dihantar keluar daripada Perlis (kecuali dari Jitra ke utara Kedah) akan dihantar ke HQ di Selangor sebelum dihantar ke Baling atau Bangi.

"Bangi lebih dekat berbanding Baling," jelasnya.

WhatsApp Image 2021-11-03 at 12.21.34 PM (1)

Seorang lagi pengguna Facebook menyarankan supaya Saadan Man menukar pekhidmatan syarikat kurier lain.

Pengguna Mohd Fauzie berkata, Pos Laju lebih mengutamakan penghantaran bungkusan berbanding dokumen.

Justeru, dia menyarankan supaya memilih syarikat perkhidmatan kurier lain bagi mempercepatkan proses penghantaran.

"Pilihlah JnT pantas selamat sampai.

"Contoh kami pos guna JnT ke Kota Bharu, hari ini pos, esok dah sampai," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kurier, Saadan Man, Pos Laju, JnT